Saturday, December 29, 2012

.VECTOR muka aku.

Assalamualaikum..

Hari ni masuk hari ke-6 aku cikenpox. Uhuk-uhuk. Eh cikenpox ke batuk ni kau Nana? Haha. Kondisi aku biasa-biasa je Alhamdulillah tak melepek je macam berapa hari lepas dan semakin bertenaga. Yihaaa. Kondisi cikenpox nye pun dah okay lah jugak. Biji-biji cikenpox yang gemuk-gemuk macam gajah besar-besar macam mata monster tu semua dah beransur kecut dan kering. Setelah beberapa hari berehat dari menaip sebarang entry so harini hidup di blog mesti diteruskan juga. Entry harus ditaip bagi menjaga hati para-para readers. Ecewahh.

Malam tadi aku berkeinginan yaaa ampunnn nak try buat vector. Hahaha kemain kau Nana. Dulu aku dah pernah try buat doodle. Cara mudah nak try buat untuk pertama kali aku trace dari doodle yang aku google. Try pakai microsoft power point je. Jadi memang jadi tapi tak best nye diri sendiri takde idea nak buat doodle identity kau sendiri. Tak pasal-pasal kau di cop meniru style doodle orang lain. Ahh taknak aku macam tu. Baik buat vector muka kau sendiri, sah-sah tu kau yang buat. Err tapi tapi aku tak tahu lah apa yang aku buat ni vector ke tidak. Muahaha. Gigih kau tahu malam-malam buta aku tengok video tutorial lukis vector ni. 20 kali ulang tengok pun tak paham-paham bahasa jugak. -_-' Photoshop terbukak macam tu je buat-buat tak jadi buat-buat tak jadi jugak last-last aku yang tido. Hahaha.

Lepastu kan lepastu kan harini macam datang angin baik aku, okay bukak lagi photoshop try step by step lepastu tgk macam konon-konon jadi kan lepastu kan aku kan dah malas nak tengok tutorial tu aku buat je hentam cara aku. Hahaha boleh jela nak try jugak punya pasal kannn. Haaa yang penting usaha tangga kejayaan dek non..

Sampai part ni terus rasa tak sabar nak curah colour. Hahaha..

Dan hasil nyaaaaaaaaaaaa,
jeng jeng jeng

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syiok oh kat photoshop pun boleh pakai eyeliner lentik-lentik. Hikhik.

Eh eh aku kan macam berhasrat nak try lukis muka selain muka aku. Nanti kalau lah (kalau ye) lagi sekali, kalauuuuuuuuuuuu aku rajin sesambil aku BW ke blog-blog korang, aku curik gambar sesapa yang bertuah aku try buat. Ecewahhhh bunyi macam pro. Hahaha padahal baru sekali buat. Ntah buat lagi sekali ntah jadi ntah tidak. Kahkahkah.

*semoga next week ada sinar baru untuk aku. Aminnnn*

Tuesday, December 25, 2012

.dugaan akhir tahun.

Assalamualaikum..

Ehem maaf dah lama aku menghilang diri tak updet sebarang khabar berita. Harini 25 Disember cuti Christmas kan? Ingat lagi 5 hari lepas ? 20 Disember 20.12.2012 ? Tarikh cantikk masa tu. Sempena tarikh cantik tu aku released ehem-ehem yang aku uwar-uwarkan dulu tu. Tapi untuk kawan-kawan blogger nanti aku khabarkan ke korang semua. Okay ? Alhamdulillah dapat sambutan dan alhamdulillah dah ada tempahan untuk 2013. Alhamdulillah :) Hari aku gembira, eksaited dengan somting yang aku usahakan dengan bespren, malam tu dapat berita ayah sedara aku kemalangan dan tengah malam tu 21 Disember beliau menghembuskan nafas terakhir nya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Ralat sangat sebab aku anak sedara yang rapat dengan arwah dan agak ralat sebab agak lama beliau tak datang rumah aku. Arwah belum berkahwin dan rapat dengan anak-anak sedara nya. Pagi 21 Disember bersamaan Hari Jumaat bergegas ke hospital uruskan jenazah. Semuanya diuruskan pihak hospital. Lepas solat Jumaat jenazah dikebumikan dan waktu tu hujan renyai-renyai aku tunggu di liang lahad hingga semuanya selesai. Balik dari kubur terus uruskan untuk tahlil malam tu. Akibat kepenatan seharian terus aku demam malam tu terus aku terbongkang tido tak hengat. Esoknya bangun kepala senoneng, tak sedap badan, kat perut tumbuh biji-biji air. Okay aku demam chicken pox sekali. Harini masuk hari ke 3 aku chicken pox, penuh 1 badan muka aku pun penuh dengan chicken pox. Biji air besar-besar dah masak tinggal masa untuk meletup je. Huhu. Sakit, gatal jangan tanya lah. Nak cuci muka pun takut, cuma tuam-tuam dengan air suam je. Benjol-benjol jangan cerita lah. Macam permukaan bulan dah muka aku :'(

4 Disember lepas, adik aku yang kecik ni dulu kena chicken pox. Awal-awal terus bawak pegi hospital. Dekat 2 minggu jugak baru baik sekarang tinggal parut je dan sekarang jangkit kat akak pulak ye. Huu -__-'

Oh masa ni senyum lagi sebab adik aku yang kena chicken pox. Huahua. Sekarang si kakak nye pulak kena kuarantin tak boleh keluar rumah semua. Stress -_________-'

Sekarang ni tepek calamine lotion je penuh-penuh kat muka kat semua-semua lah. Okaylah dah rasa sihat sikit nak gugel cari ubat untuk hilangkan parut chicken pox. Arghhhh. Banyak sangat ni kat muka ohoii. :'( Dah pecah chicken pox yang gemuk-gemuk ni mesti berlubang-lubang muka aku. Huwaaaaaaaaa. *Aku kecik-kecik dulu dah pernah kena chicken pox ni tapi mengikut kata ibu aku baru keluar sikit. Oh sekarang memang balas dendam betul ye sebanyak-banyak ni kau keluar ye chicken pox. Sape yang belum kena tu jaga-jaga. Hihi*

Tuesday, December 18, 2012

.Welcome to JOHOR.

Assalamualaikum..

Maaflah semua semenjak dua menjak ni entry aku memang berbaur kesukanan sikit. Eh eh sikit kau kata Nana. Hahaha. Marilah kita lupakan terus AFF Suzuki Cup untuk kali ni kita fokus kat bola sepak Malaysia lagi bagus. Sekarang kita lupakan sekejap Nana si Gadis Merah Jambu tu sekejap ye kita bagi laluan kat Nana yang minat bola sepak tak kenal pun ape tu Hello Kitty pink-pink tu semua. Kahkahkah. Suka bola hati mesti kental apekah pink pink jambu jambu tu semua. Errrrr ;p

Intro tak payah nak motif sangat sebenarnya. Straight to the point, Hai skuad bola sepak kebangsaan kita, Safiq Rahim, Matyo, Safee Sali, Azmi Muslim, Aidil dan Zaquan ! WELCOME TO JOHOR ! :) *taip sambil senyum ke telinga*. Untuk Tengku Mahkota Johor kesayangan rakyat, Daulat Tuanku.

Azmi, Matyo@Wak Lan bila di Johor, Safiq, Safee, dan Aidil. Zaquan takde dalam gambar, kira jelah Aidil wakil kan beliau. Kembar kan. Lagipun Zaquan dah datang berlatih awal-awal lagi di Johor sebab injured tak dapat turun untuk AFF haritu.

Sidang Media Khas Tunku Mahkota Johor dan majlis sambutan pemain Malaysia ke pasukan Johor, 17 Disember, Hotel Thistle Johor Bahru.

Go Johor Darul Takzim ! Go Harimau Selatan !

*Gambar di copy dari sini, Johor Southern Tigers.
*Best nye dapat pergi Stadium Larkin tiap kali ada game, sambil lukis bendera Johor kat pipi, sambil sorak-sorak, sambil kibar bendera Johor. Banyak 'sambil' tu bukan tamak tapi tu semangat Patriotik !
*Jersey official pasukan JOHOR akan dilancarkan pada 29hb Dis di Plaza Angsana semasa majlis memperkenalkan pemain-pemain Johor Darul Takzim dan Johor United. Hai Cik Aien, cuti tak masa tu, Angsana yokkk ! Boleh hai-hai Safiq ! Kehkehkeh ;p

*updet, typo ejaan nama Safiq tadi. kecoh lah kau H ! haha

Monday, December 17, 2012

.Mengidam Hello Kitty.

Assalamualaikum..

Haishh sekarang ni aku tengah mengidam kalah orang mengandung anak sulung. Hahaha. Lagi-lagi lah aku dah nak menyambut Hari Tua tak lama lagi ni macam-macam lah wishlist tekak aku. Ekeke. Aku yang mengidam, incik beliau yang morning sickness layan ngidam aku. Haha. Tak tahulah bila Hari Tua aku dah dekat ni, mengidam betul kat Hello Kitty. Eh bukan aku memang minat gila dengan Hello Kitty ke ? Eh tak, tak. Aku minat kadang-kadang je. Ehehe ;p

Okay, ha nampak mende alah atas ni? 2 minggu lepas aku dah belek-belek dah pegang-pegang pastu tunjuk gambar kat incik beliau puji-puji cakap comel lah, kiut lah, osem lah dengan harapan si dia dapat tangkap maksud aku. Lepastu tadi pegi lagi belek-belek pegang-pegang siap tarik tunjuk ayah aku touch-touch skrin depan ayah aku. Haha nampak tak motif aku di situ? Berusaha menagih simpati telan-telan air liur sambil buat muka sedih macam takde handphone. Fine lah tak berjaya punn. Huuu T_T'. Aku tak pasti lah kiranya kalau mende ni dah lama keluar aku baru tau ke hape, tidak lah aku peduli nye pun. Dan tidaklah aku peduli apekah function nye semua langsung aku tak peduli. Yang aku peduli mende ni sangat comelssssss wajib ada seketol limited edition pulak tu jadik kena lah cepat-cepat mendapatkan nye sebelum kehabisan stokkk ! Arghhh. *Aku memang ketinggalan zaman sikit pasal handphone ni* Kriukk kriukkk sambil kunyah keropok*

Setelah pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan seketol mende alah comelsss tu, sementara menunggu hasilnya adalah bagus sekiranya aku mencari benda lain untuk mengidam pulak. Eh aku mengidam sangat ni nak pegi Hello Kitty Town tu kat Puteri Harbour Nusajaya tu ha. Taip sambil tutup mata aku bayangkan mempunyai Samsung Galaxy Y Hello Kitty yang comels dan berada di Kitty Town sambil menari kegirangan sambil merasakan diri secomelssss Hello Kitty. Wahhh wahhh meleleh air liur bila bayangkan. Hahaha. Usaha kali ni adalah dengan memujuk ibu dan adik-adik aku. Dan usaha yang ni pun agak suram keputusannya degan jawapan ibu aku 'Takkan lari Hello Kitty Town kalau dikejar pun, tak kejar pun dia tak lari ada je kat Nusajaya tu' Ohh okay lah fine lah sebab jarak perjalanan dari rumah aku ke Hello Kitty Town hanya mengambil masa 20 minit je. Blerghhh.

Ahhh Hello Kitty apesal kau comelssss sangat pink-pink gitu aku geram lah oi. Mohon sesiapa tidak melabel aku dah tua tak sedar diri ke bajet comel suka Hello Kitty ke tapi suka hati aku lah selagi aku tak tinggi-tinggi, selagi aku kemetot je macam ni, selagi tulah aku feeling riang gembira suka Hello Kitty walaupun berat badan dah naik beberapa kg tanda makan tido makan tido je kat rumah. Hewhewhew ;p

*Ada vacancy oi kat Hello Kitty Town. Syok nye keje situ tetiap hari dapat jumpa Hello Kitty free. Hikhikhik*
*Gambar si Kitty di copy dari sini

Friday, December 14, 2012

.pergi membawa diri.

Assalamualaikum.

Ya aku mahu pergi membawa diri. Ini bukan sorotan dari entry fifie yang membuat aku terluka *I'm okay fie, I'm okay. Kehkehkeh :)* bukan juga atas kekalahan Harimau Malaya, bukan juga atas tingkah laku Referee Korea yang %&?>!$!#%?!!. Bukan juga atas airmata tangisan Fadhli Shas, bukan juga atas sebab muka Farizal kena sepak-sepak dengan player Thai yang takde attitude langsung tu. Ahh bola sepak, aku kecewa dengan pengurusan AFF dan secara rasminya kekalahan Malaysia malam tadi adalah kekalahan yang sangat bermaruah dan secara rasminya tanda aku bantah dan tak setuju dengan pengurusan AFF aku dah UNLIKE Page Aff Suzuki Cup kat FB. Itu bukan platform terbaik untuk bolasepak Asia. Ahhh semua tu bukan. Aku mahu pergi membawa hati yang lara tanpa sebab yang munasabah. Aku kecewaa. Jauh di lubuk hati aku tersisip duka yang aku sendiri tak percaya aku boleh tanggung semua ni. Arghh drama nye. Pftttt.

Kesebelasan utama di SNBJ. Dari kiri, NorShahrul Idlan, Aidil Zafuan, Bunyamin Omar, Fadhli Shas, Baddrol Bakhtiar, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Azammuddin Akil, Farizal Marlias, Safiq Rahim.  Aku bangga dengan kamu semua. Tak terkecuali Wan Zack. Ekeke kbye ! ;p

Impian aku yang dah lama terpendam untuk ke sini. Mohon kalian doakan jika tiada aral melintang, diizinkan Tuhan, InsyaAllah sikit masa lagi sampai lah aku ke sini nanti. Aminnn. Ticket pun dah booked :)

*semoga aku jumpa kedamaian yang aku cari*
*Mohon jangan ditangisi sangat drama aku ni ye sebab aku sendiri pun tak paham -_-'*

Thursday, December 13, 2012

.Baked Macaroni with Cheese.

Assalamualaikum..

Ehem-ehem tajuk harini Amerika sikit maklum lah sekarang kan tengah musim winter. Kalau kat Malaysia sekarang ni tengah musim durian crepe lah, musim peplum lah, musim tudung halfmoon lah, musim Wan Zack lah. Eh eh eh haha nak jugak ye sebut. Habis lah, habis lah kalau si fifie baca ni. " Ingat Nana, Wan Zack muda dari kita " Hahaha terngiang-ngiang ayat si fifie. Haha anggap jelah aku typo. Ekeke. Hai fie ! *sambil lambai-lambai tangan* Hikhik. Okay bukan nak cerita pasal tu sebenarnya, Aku nak cerita yang aku bukan peminat makaroni. Makaroni ? Iyee makaroni. Makaroni bukan nama pemain bola sepak tapi makaroni sejenis makanan. Tahu ? Haa aku tak suka makan makaroni tu. Tapi haritu jalan-jalan blog Anis dia share resepi makaroni cheese. Dah lama nak buat sebab ada cheese sedappp tu tapi tak terbuat-buat. Ahh alasan. Macam sedapp. Nak tahu sedap ke tak kena lah cuba sendiri. Ye dak? 

Thanks ye Anis sudi share resepi mudah nak buat ni. Aku memang suka resepi yang mudah-mudah malas tengok resepi yang leceh sebab malas nak cari bahan pusing keliling Econsave tu ha. Resepi ni memang aku copy paste je resepi beliau cuma aku tumis dengan cili blender nak kasi pedas lah katanye. Lepastu terlupa nak beli mozarela cheese topping atas tu aku tepek je ngn chesdale. Hikhik janji cheese. Hee..

Syok lah kan makan musim hujan macam ni. Senang hati perut kenyang. Hihi. Kalau ikut perancangan aku nak buat ni masa hari ada bola. Sebab masa tengok bola wajib ada makanan sedap feeling mengunyah sambil sorak-sorak. Ahh apekah buruk betul perangai. Tapi lepas beberapa game before ni, menurut pemerhatian aku, bila tengok bola je otometik selera tertutup. Duduk penuh debar mata mengejar setiap sepakan bola. Haa macamtu penangan dari ayah aku, ibu aku, aku sampai lah adik aku. Haritu before game start aku pang pung pang pung kat dapur buat sosej roll. Next game aku buat nugget kentang. Sakan lah menghidang semua tapi makan sikit tak feeling langsung sebab berdebar macam ada adek bradek aku tengah main. Hahaha. So konklusi nye aku buat baked makaroni cheese ni tadi . Boleh makan puas-puas feeling America sikit. Hoho. So esok malam untuk 2nd leg Malaysia vs Thailand aku cuma nak goreng fries je. Mudah. Makan tak payah nak feeling sangat. Boleh fokus lebih tengok bola. Haha itu sebenarnya..Kehkehkeh..

*Malam ni tak boleh tido lena sebab esok bola. Dupdapdupdap*
*terharu si fifie tag aku kat entry dia pasal WZ jugak..haha boleh nyanyi lagu Kimia, Melda Ahmad sama-sama cenggini*

Tuesday, December 11, 2012

.coming soon.

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ini adalah kesinambungan dari entry ini
Doakan agar ia dipermudahkan
In Sha Allah akan menemui anda tidak lama lagi :)

Sunday, December 9, 2012

.Selamat Tinggal.

Assalamualaikum..

Petang tadi sambil-sambil tunggu debaran game semi final Malaysia-Thailand sempat aku telek godeh-godeh header princess aku. Lama dah setahun lebih pakai header ni tukar lain pun pastu pasang balik header ni. Taknak dah princess lagi aku nak jadi "Queen" dah lepasni. Hahaha. Aku kalau memang tengah mood nak buat yang baru tang tu jugak aku buat siapkan terus. Stress tengok header sendiri banyak sangat elemen. Kalau untuk presentation bagus la banyak benda boleh goreng. Haha. Tamak semua benda nak masuk kat 1 header. Pokok kelapa lah, rama-rama lah, kereta katak lah, bunga lah, pelangi lah, awan lah nasib baik kat pokok kelapa tu aku tak letak monyet sekali. hahaha. Tapi disebabkan header ni bertuah pernah dapat nombor 3 masa join contest header tahun lepas tu yang aku redha jelah tepek je selama mana yang boleh. Dan tadi berjaya jugak aku buat header simple tak tamak macam header princess aku. Kehkehkeh

So awak header yang ala-ala princess kita tempatkan awak kat pemain simpanan dulu ye. Macam Wan Zack tu. Nanti dah sembuh kita masukkan awak semula okay. Sekarang kita bagi peluang kat Baddrol ganti awak. Eh eh eh nampak tak motif sangat aku pegi sebut Wan Zack, aku tengah sakit kepala ni tadi sakan menjerit-jerit tengok bola, adesss seri pulakkkkk. T_T' Game timbal balik nanti mesti kena menang okay Harimau !

*Ibu aku suruh aku jadi Assistant K.Rajagobal je bising tengok bola depan tv kalah Hj Hasbullah Awang mengulas. Wakakaka. Kalau ada, sekarang jugak aku hantar resume. Wakaka ;p

Saturday, December 8, 2012

.Risau ohoiiii.

Assalamualaikum..

Haishh aku ni serba serbi tak kena. Nak buat ni rasa risau, nak buat tu rasa risau. Rase sama macam tunggu turn nak final presentation untuk final comprehensive Jun lepas. Berdebar-debar memang betul-betul kecut urat perut aku. Huhu kalau boleh memang taknak rasa macam tu dah. Tapi sekarang dah bape hari ni perasaan tu muncul balik. Arghh tak tenang betul aku. Dah banyak kali jugak dengar khabar angin ni tapi hati aku menafikan, mati-mati aku nafikan. Tapi tadi bila dah dengar lagi sekali, jumpa plak cerita yang ni, seriusss woooo memulas-mulas terus perut aku. Hukhuk

          Pemain sayap kanan Wan Zack Haikal akan disisihkan Rajagopal untuk dua perlawanan menentang Thailand pada 9 September dan 13 September dalam AFF Suzuki 2012. Jurulatih Harimau Malaya, Rajagopal mengesahkan selepas pemain itu menjalani imbasan pagi semalam akibat otot bahagian paha kanannya terkoyak sejak tiga hari lalu ketika menjalani latihan. Rajagopal berkata ketiadaan Wan Zack adalah satu tamparan hebat buat skuadnya dan kini mengharapkan seorang pemain sayap, S. Kunanlan yang cedera mampu kembali beraksi Ahad ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada mulanya kami sangka kecederaan Wan Zack tidak serius bagaimanapun selepas imbasan semalam jelas sekali bahawa otot paha kanannya terkoyak,” katanya ketika ditemui media selepas latihan semalam. Jelasnya, ketiadaan Wan Zack amat dirasai ketika pasukan kebangsaan berdepan masalah kecederaan pemain yang amat serius kerana seorang lagi pemain, Shakir Shaari juga dijangka tidak bermain kerana cedera buku lali.(sumber copy dari sini)

Okay, nampak dah ape yg aku risau ? Hahahadoidoi  ni serius tahu? Ades Wan Zack, Wan Zack. Eh sekarang kan tengah trend gadis-gadis *ewah ayat gadis-gadis* sedang menggilai si Wan Zack ni. Merata-rata dah nampak muka si Wan Zack. Eh yela mane tak merata aku pun sibuk usha jugak. Wakaka *ampun incik beliau* Eh eh aku minat skill dia okay. Aku memang suka skuad Harimau Muda. Yeahhh. Bak kata cik aien si Fandi Othman tu lagi ohsem. Yela fine fine. Ha baru kau tahu, selalu aku cerita resepi-resepi lah, cerita aku suka DIY-DIY lah, suka baca buku langsir lah yang so mak-mak tu, tapi disebalik cerita tu semua aku adalah peminat bola sepak Malaysia semenjak zaman sekolah lagi. Yaaaa zaman sekolah tahu? Ni bukan minat ikut-ikut ke, minat sebab trend ke, minat terpaksa sebab boipreng minat ke, sama sekali tak. incik beliau i tak minat bola pongg mungkin kekangan beliau selalu kat laut takde kat darat. Aku minat bola sejak zaman Akmal Rizal Ahmad Rakhli striker dulu, zaman-zaman Hairuddin Omar tengah naik, dan sejak zaman si kembar Aidil dan Zaquan main untuk AFC Youth Championship tak silap aku tahun 2004 dulu. Kalau cakap aku minat sejak zaman Allahyarham Mokhtar Dahari tipu pulak ye dop ? ;p  *Jangan tercari-cari Nana yang suka DIY-DIY tu kat entry ni. haha nan hadoooo..

Lepastu kalau nak cakap pasal bola sepak luar antarabangsa pulak, aku minat sebab penangan World Cup 2002 kalu tak silap masa Jepun Korea tuan rumah. Lepastu gigih follow EPL, UEFA, EURO, World Cup semula. Dulu minat betul kat si Owen gigih aku kumpul poster la surat khabar cina la, majalah-majalah sukan, siap berkenalan dengan sorang akak ni dia pun fan Owen siap pos-pos surat semua kat akak tu. Haha alahai rindu akak tu nama dia Dang Anum. Haritu chat dengan cik aien, flashback minat ktorang pasal bola dari zaman sekolah ni bila aku sebut je nama Owen, gila-gila kena gelak dgn Cik Aien. Owen dah outdated katanya. Hahahaha. 4 tahun aku di universiti memang aku jarang follow bola dah. 4 tahun dunia aku cuma studio studio, design design design sampai lah grad. Hukhuk. Kesian tahuu. Banyak player yang aku tak kenal. Sobs sobs.

Sekarang dah habis belajar memang aku berazam nak follow bola semula dgn gigih nye. Ditambah kat rumah ibu ayah adik aku memang hantu bola. Lagi-lagi sekarang tengah sibuk AFF Suzuki ni, kitorang 1 rumah memang tengah demam bola. Game haritu Malaysia vs Indonesia, tiap gol Malaysia kitorang bersorak macam nak pecah rumah siap ayah aku hidupkan mercun lagi bila Malaysia gol. Hahaha semangat okay, semangat. Rasa nak duduk depan tv je siap pakai jersi Malaysia, buat muka celoreng-celoreng kibar jalur gemilang. Haha.

Esok Malaysia akan bertemu Thailand di semi final ni. Tiap kali berita kat tv aku memang takkan lepas berita sukan nak tau perkembangan team Harimau Malaya. Risau nye Wan Zack injured tu lah kekuatan kita di sayap kanan. Ya aku tahu kita ada Mahali, tapi kena ingat Mahali tu defender. Ahh super risau ni Shakir pun cedera jugak, cuma berita baik Kunalan dah cergas boleh turun padang semula jadi kesebelasan utama. Please Aidil, jangan main kasar duk bentes je player lawan. Risau betul terbentes kat kotak penalti. Risau oi ! Tambah stress bila tgk page AFF kat FB. sebab banyak komen yang macam sampah ! Komen yang mengeji kita. KURANG HAJAR sangat. Puii. Takpelah, semoga esok malam Harimau dah sedia asah kuku tajam-tajam bagi cakar gajah habis-habisan.  Gigit gajah kuat-kuat okay ! Ohh Selamanya Harimau Malaya~ *Eh berdebar jugak esok Apek yang turun ke si Farizal tu turun lagi. Ohh berdebar* mungkin kini sudah tiba masanya untuk penjaring gol terbanyak Harimau Muda di Liga Singapura, Hazwan Bakri beraksi menggantikan Safee Sali atau Wan Zack ??

*Gambar-gambar dari website AFF Suzuki 2012
*Eh nampak tak entry aku kali ni macam 'Berita Sukan Melaporkan bla bla bla....hahaha'
*Eh ahad malam ni boleh pulak 2pupu aku tunang. Kenapa lah betunang malam-malam tengah bola. Sori kitorang datang lepas abes bola lah kalau gitu. Ekeke
*Aku ni tengah risau stress pasal hal lain pun iye jugak tapi hal risau stress tu tak boleh nak diluah di sini. So, risau pasal bola jelah aku boleh cerita. Huk.

Friday, December 7, 2012

.DIY deco-deco.

Assalamualaikum..

Eh korang tahu tak yang meminati seni itu adalah sangat indah nilai nya ? Dulu masa zaman sekolah pernah jugak aku bercita-cita nak jadi Interior Designer (ID) macam Eric Leong. Ekeke. Walaupun tak dapat jadi macam Eric Leong, tapi berbekal kan minat terhadap seni aku tempuh jua. Arghh apekahh. Straight to the point aku nak share sikit hasil deco aku before raya haritu. Aku cuba seni hiasan dinding iaitu, Wall Stencil. Ecewahhh.

Wall Stencil ( Lukisan Stencil di dinding ) ni mengikut kadar ringkas pemahaman aku corak yang dicetak lalu ditekap ke di dinding dengan mengecatnya dan menghasilkan teknik corak yang dicop dan berulang-ulang. Paham ? Arghh tak paham takpe mari sini aku tunjuk contoh.

Okay, tengok dinding atas ni, corak bunga-bunga ni hasil cop aku dan ayah aku. Ini last minit punya keje. Idea dan keinginan nak buat dah lama tapi kena mintak persetujuan dari ayah aku la. Ayah aku kan bos besar. Pagi sebelum beliau pegi keje terus cakap kat aku, 'Akak, buat lah corak apa yang nak cop kat dinding balik nanti ayah beli cat malam kita cat dan cop dinding '. Huk okay aku punya lah kelam kabut cari corak ape nak buat, ayah aku nak simple-simple je. Memang tak sempat lah nak print ke hape corak yang berkenan. Terpaksa lah buat secara manual. Corak bunga-bunga tu ? Aku lukis buat 2,3 saiz atas kertas keras lepastu aku tebuk corak tu sebab nak cop cat ke dinding. 

Serius leceh sebab nak cop tu tanpa had dan sempadan bape ketol bunga ape tu semua, lenguh betul ketiak haku, mak ngan adik-adik aku tukang tengok je. Buat untuk 1 dinding je kat ruang tamu makan masa berjam-jam. Tapi bila da full 1 dinding, puas okay. Hewhew. Jimat betul takyah pakai kertas dinding ke, wallpaper ke. Cuma pakai kedrat yang tiada galang gantinya. Hui. Habis je raya ayah aku dah tanya 'Kak, tahun depan nak tukar corak ape pulak' Okay aku dah stat gugel dari sekarang. :)

Para-para atas ni pun DIY je noxx. Papan ayah aku memang banyak belakang rumah, ikut nak panjang mane, lepastu varnis skru kan ke dinding. Pasu-pasu tu pulak pegi kedai RM1.30, beli 8 ketul. Haa puas. DIY ni kan jimat sesuai lah untuk aku yang memang berjimat cermat ni. Hikhik.

Dah buat penat-penat lepastu gigih lah bergambar background dinding buat sendiri. Haha. Eh ni masa raya dulu. Sekarang dah muak mual dah aku tengok. Siap suruh ayah aku cat tutup balik corak tu. Haha. Sekarang ni memang nak DIY hape-hape memang aku kejekan umah ibu ayah aku. Tunggu lah nanti aku dah ada rumah sendiri dalam erti kata lain dah kawen eceewahh, tunggu lahh kalau boleh esbok pun aku nak DIY. Wakaka..

Monday, December 3, 2012

.Garnier, Take Care.

Assalamualaikum..

Harini dengan besar hatinya aku nak jadi jurucakap produk Garnier boleh ? Uwahhh boleh ler aku feeling-feeling Lisa Surihani gitu. Garnier, Take Care. Ekeke. Eh eh kenapa Garnier ? Sebab Garnier besttt ! Okay bodekk. Hahaha. Okay selama setahun ni bermula pertengahan tahun lepas aku guna 1 produk skincare yang okay mahal derr. 1 set ada sabun pencuci, day cream dan night cream RM seratus lebih jugak. Tapi boleh tahan 4,5 bulan. Skincare tu sesuai dengan kulit aku yang maha sensitif ni. Zaman study boleh lah kau Nana pegi ATM keluar duit PT. Hahaha. Dah sekarang ni habis belajar duduk rumah makan tanggung, berak cangkung jangan harap lah kau mampu. Hampir 2 bulan jugak produk skincare aku yang aku dah tak mampu nak beli tu habis, yillekkk, tak mampu den nak beli lagi dah. Sebulan jugak aku main taram je pakai OXY cleanser habis sebulan aku pakai. Dah habis aku ngendeng-ngendeng adek aku punya pulak, Safi. Gila kau jerawat tak naik, mesti lah naik barang 4,5 ketul. Arghhh scaryyy.

Feeling-feeling nak jadi jurucakap Garnier ganti Lisa Surihani terus pakai tudung kuning. Muahaha ;p

Beberapa hari jugak aku duduk bermunajat pikir nak beli apa untuk muka aku yang maha dasyat sensitif ni. Disebabkan aku memang pengguna BB Cream Garnier dan Compact Powder Garnier, why not aku beli Garnier je. Kann ? Lepastu sekarang Garnier bukan untuk whitening and lightening  semata-mata je, dah keluar produk baru untuk oily dan acne skin. Apelagi try jelah bedal. Takboleh nak demand dah. Eh bukan aku demand tapi aku dah try bermacam-macam produk before aku sesuai dengan skincare yang dah habis tu. Dannn Garnier pun aku dah cuba dulu 1 set. Tapi positif jela sebab sekarang skin aku dah recover, jadi aku berani lah nak try Garnier semula dan try yang produk for oily and acne. Dan untuk permulaan nye aku beli Garnier Pure Active Multi-Action Foam untuk pencuci dan Light Oil Control Whitening Cream. Lepas dah pakai ni boleh lah aku apply BB Cream Garnier dan Garnier Compact Powder yang dah sedia aku pakai tu.

Hai Kawan Baruu ! Please be nice to me !

Anda semua sila bekerjasama dan berkawan baik dengan aku okay wahai Garnier-garnier

Eh ni bukan kuih Garnier, ni compact powder Garnier. Hahaha.

Semenjak bila aku pakai Compact Powder Garnier ni pun aku lupa. Atas ni semua kosong dah takde isi semua dah tebal jadi kulit muka aku. Wahaha. Dulu pernah jugak try beli Pixy la, Maybelinne la, Silky Girl lah, tapi last-last mesti aku cari Garnier punya. Dah jadi tebiat aku dah habis taknak buang simpan simpan dan simpan. Nahhh nak sangat jadi jurucakap produk Garnier nak ganti Lisa Surihani ni katanya. Haha, Garnier, Take Care ! ;) Bye !

*Mudah mudahan bagus sesuai dengan aku boleh la aku apply jadi jurucakap Garnier lepasni. Ekeke

Sunday, December 2, 2012

.kuntuman ros 5 tahun.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan izin dari-Nya
Tahun demi tahun dapat kami tempuh.
Sebesar-besar badai telah kami redah
Setajam-tajam duri telah kami pijak.
dan aku percaya kami mampu berdiri bersama hingga saat ini
di tahun ke 5 ni atas izin dari-Nya.
Segalanya bermula pada 2 Disember 2007
dan kini 2 Disember 2012
5 tahun yang penuh erti
5 tahun yang penuh dengan suka duka
bukan hanya omongan kosong kata-kata cinta semata
percaya pada diri, percaya pada yang Esa
In Shaa Allah, segalanya telah diaturkan oleh-Nya
Sejauh mana kita mampu bertapak atas paksi cinta yang dibina
ingat, kita tetap berpandu pada landasan ketentuan-Nya.
Terima Kasih Tuhan,
Terima Kasih 5 Tahun.
  
p/s : sila amati setiap gambar kerana setiap gambar mempunyai maksud tersirat. Ecewahhh :)

Tahun  pertama, 2 Disember 2008

 Tahun  kedua, 2 Disember 2009

 Tahun ketiga, 2 Disember 2010

 Tahun  keempat, 2 Disember 2011

 Tahun  kelima, 2 Disember 2012

Terima kasih Tuhan kerana mengizinkan aku merasai detik keramat 5 tahun ini.
Yang mendatang kita tak pasti,
Yang pasti apa yang kita pijak sekarang ni.
Lalui dengan muhasabah diri,
dan ingat sebaik-baik rancangan adalah rancangan Allah jua.
dan ingat sekali lagi, bukan untuk diri ini tapi untuk semua

ingat, kita tetap berpandu pada landasan ketentuan-Nya. Wallahualam

Selamat Ulangtahun ke-5 utk perjalanan hidup kita wahai incik beliau :)

* gambar diambil menggunakan camera compact sahaja. 
* ros-ros merah mekar tak wangi tu adalah hasil DIY aku. ecewah
* disanping suka meracik-racik kertas buat bunga, aku juga suka photography.
* eh, dapat CPUV baru lagi laaaaa lepas 2 hari dapat CPUV. Alhamdulillah ;)
* tahniah Harimau dapat patahkan sayap Garuda !
* isnin ni intibiu. danggg !

Tuesday, November 27, 2012

.Kegemaran Jiwa Raga.

Assalamualaikum..

Aku baru lepas siapkan Hand Bouquet yang kedua. Hikhik. Very excited u know main-main dengan HB yang kedua warna pink pink. Eh apekejadah kau Nana buat HB lagi ? Hahaha jeng jeng jeng suka hati aku la nak buat HB banyak-banyak nak buat tido. Boleh jawab camtu ? ;p Aku kalau dah ngadap buat-buat mende camtu tak makan pun takpe, ralit je. Owh itu kepuasan okay. Lain orang lain minat nya. Dah aku minat camni redha jela hadap sampai puas. Haha. 

Semenjak bermastautin di teratak ayah bonda rajin lah aku kiranya menyelongkar rak majalah ibu aku. Bila-bila masa terasa lapar terus pegi rak bukak Majalah SAJI. Kahkahkah. Motif sangat tengok gambar makanan terus kenyang. Hahaha pui. Terasa nak cuba resepi baru bukak je Majalah SAJI ibu aku yang bertimbun-timbun tu keletang keletung kat dapur siap hidangan persis majalah. Hik.

 Mak Jemah setahun yang lalu tengah fokus buat bunga pakai surat khabar. Hewhew. 
Si Mak Jemah ni jugak dah 20x cakap dengan Incik Beliau nak jadi florist. Wakaka
 
Kalau pergi MPH ke, Popular ke rak yang aku tuju ialah rak buku resepi. Owh very the mak-mak lah aku ni. Orang sebaya aku sibuk cari novel ape yang terbaru keluar aku pulak terkais-kais selak buku masakan. Lepas tu  rak yang aku tuju sampai mencangkung sengal lutut syok sangat ialah rak buku-buku kraf. Wahaha minat betul lah. Kalau pegi dengan incik beliau memang terlupa daratan sekejap lah kat beliau. Ekekeke. Terus rasa eh buku ni best, eh buku ni pun best, eh eh yang ni lagi best laaa. Whoaaa. Kat situ jugak terus berangan-angan nak jadi usahawan IKS. Hikhik

Buku-buku ni aku beli masa baru start final sem dalam bulan Februari lepas. Sibuk dengan final project memang aku sempat selak-selak macamtu je buku yang aku beli ni. Hantar balik rumah aku pang pung pang pung kat kolej buat final project, Julai haritu selesai semuanya balik duduk menetap di rumah ayah bonda haaaa baru lah aku berpeluang tenung, belek-belek buku ni. Kecoh-kecoh nak raya haritu bukak buku kraf bunga plastik sebab nak buat, gelabah bukak buku langsir cari pattern langsir mana yang cantek. Kannn mak mak sangat dah aku ni. Kepada yang berkenaan, ehem-ehem cepat-cepat lah sunting aku jadi isteri aku tak sabar sangat nak ada rumah sendiri ni. Hahaha.

Ni lah kegemaran aku, ni lah jiwa aku. Duduk rumah ngadap benda-benda macamni sambil buat ni buat itu pun dah cukup memuaskan hati perasaan jiwa dan raga aku. Tiap-tiap hari terbuai-buai layan perasaan kalau ape yang dibuat tu menjadi. Senang cerita apa-apa benda kraf yang buat pakai tangan memang semua aku suka lah. Semua aku nak cuba kalau berpeluang. Owh suka nya suka nyaaaaaa :)

*semangat updet sebab dapat CPUV lagiii. yeayy sila melekat lama-lama yee :) Tenkiu Nuffnang.

Sunday, November 25, 2012

.Teaser : Hari Bahagia.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah buat masa ni apa yang dirancang bejalan dengan lancar. Hari demi hari semakin tak sabar pulak rasa hati ni. Hari ni buat sikit, esok buat sikit lagi, esok nye buat sikit lagi, dan hari ni dah banyak yang siap segala yang dirancang. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Hari ni berjaya DIY Hand Bouquet untuk 'Hari Bahagia' nanti. Aku kalau tengah time mood membuak-buak eksaited kemain, pagi celik mata je terus capai crepe paper duduk diam-diam buat pun diam-diam teruslah hari ni jugak siap. First time ni cuba buat dan hasilnya aku sukaaaaaa sangat ! :) Hari Bahagia ape, di mana, untuk ape, dengan siapa tu jangan ditanya dulu sebab nanti dah beres semua mestilah aku share 'Hari Bahagia' tu nanti. Definisi Hari Bahagia bagi aku tu banyakkk. Dapat makan sedap Hari Bahagia, Dapat shoping pun Hari Bahagia, dapat window shoping je pun dah Hari Bahagia sangat dah. Hikhik. Eh eh aku macam banyak je kan benda janji nak share, nanti dah sampai masanya aku cite lah. Hikhik. Incik Beliau lah ni tak sabar-sabar psyko-psyko aku suruh teaser kat blog dan untuk tidak menghampakan beliau yela aku teaser sikit ni ha. Suke leteww.  ;p Bukan sipi-sipi lagi ni seketol terus aku tunjuk Hand Bouquet aku fresh fresh baru keluar dari oven ni. Heeee.

Cantik tak cantik tak Crepe Paper Hand Bouquet DIY aku ?

*Shawl ala-ala FL aku dah dapat dah. Warna gold uollss ! Matching pulak dengan Hand Bouquet DIY aku ni ;)

Wednesday, November 21, 2012

.Tuah aku bukan tuah ayam.

Assalamualaikum..

Harini rasa riang tak terkata-kata. Ecewahhh kemain riang konon. Eh yela duduk rumah goyang kaki mau tak riang. Hehe. Mane tak syok harini puas makan durian orang ni bagi orang ni bagi orang ni bagi. Murahh rezekiiii menguap pun bau durian dah. Haa tapi ada benda lain yang buat aku lagi riang gembira harini. Haa haritu aku ada join share and win satu butik online ni kat FB. Alaaa sesaje share ape tu orang kata kalau ada rezeki dapat lah, kalau takde tu rezeki orang lain maknanya. Dah join bape hari ntah lepastu aku pun lupa dah la sekarang aku macam busy tak sempat nak online semua. Malam tadi sebelum tido online kejap terus ingat nak tengok page butik yang aku join tu. Scroll-scroll sekali dangg ! eh aku bertuah aku bertuah. Alhamdulillahhhh rezeki. :)

Ha nampak tu merah-merah tu aku okay, akuuu ! Eh eh tak maksud aku tulisan dalam petak merah tu aku lah bukan yang bertudung merah atas ni. Ekeke. Tudung merah atas ni Fatin Liyana ye jangan pejam celik pejam celik kesat-kesat mata tapi percayalah aku dapat hadiah tudung yang model nye Fatin Liyana ni yeeee. Haaaa Teheeee. Kenal ? Hikhik. Aku join Butik e-Dast punya share and win. Masa tu share album Satin Shumi ni la. Kalau nak tau lagi model-model tudung butik ni si FL yang gojes nama mirip-mirip aku ni dan sorang lagi model, Kak Ain. Eceh aku nyebut macam Kak Ain tu kakak aku dah. Hikhik

Tadi pihak Butik e-Dast dah emel aku bagitau dah pos hadiahnya. So insyaAllah esok sampai lah dan bersiap sedialah esok jumpe pakcik pos laju yang banyak cekadak tu. Eh eh eh tapi esok Johor cuti pulakkkkk. Aisehhhh baru nak eksaited. Takpe takpe Jumaat lah kalau gitu ye ;) Tak sabar nak pakai shawl satin shumi. Mesti aku terus jadi iras-iras FL. Teheee ;p

*Feeling-feeling FL bila asik teheee tehee jek. Hiks*

Tuesday, November 20, 2012

.Rezeki.

Assalamualaikum..

Last updet entry Deepavali seminggu yang lepas. Duk sedap melayan maruku sambil tengok tv terus lupa nak updet entry. Seminggu lebih aku cuti Deepavali. Ekekeke. Dalam minggu ni aku memang agak pasif on9. Bukak fb kejap tengok-tengok ape kejadian kawan-kawan aku, bukak emel kejap cek-cek kot lah masuk tawaran keje jadi doktor ke.Eh tetiba. Haha lepastu bukak blog kalau ada comment, publish. Lepastu laju-laju log out semua, tutup laptop. Jimat bil api rumah aku bulan ni. Hehe.

Dan sempena masuk nye tahun baru islam ni aku dalam usaha melakukan sesuatu yang tak mungkin aku khabarkan disini buat masa ni. Ecewahhhh gituu. Cuti Awal Muharam haritu keluar dating dengan girlfren cari ilham sape lagi kalau bukan cik Aien. Kitorang rancang tak lama terus capai kata sepakat, okay kita kena start jugak kalau tak, tak tahu macam mana. Aku percaya rezeki Tuhan ada kat mana-mana dan InsyaAllah rezeki tu ada kalau kita cuba dan usaha. Ape yang kitorang sedang usahakan ini atas nama persahabatan yang terjalin sejak kecik lagi. Eh ada kaitan tak ? Hehehe..

So sekarang aku memang agak sibuk nak on9 pun macam tak sempat dah sebab tu seminggu ni sepi tanpa sebarang entry baru. Hee. Harini Alhamdulillah dah buat photoshoot dari tengahari sampai petang. Aku lah photograper, akulah yang setting backdrop semua, aku lah aku lah aku lah. Tapi yang penting bukan aku model ye kawan-kawan semua. Eheh. Share partner aku kat Putrajaya nun uruskan hal-hal yang lain. Ape-ape hal projek kena teruskan jugak walaupun kitorang jauh. InsyaAllah kalau takde aral melintang, semua dipermudahkan nanti aku share kat sini. :)

* Harini dapat offer keje tapi terpaksa ditolak atas sebab-sebab yang tak berapa nak tertentu. InsyaAllah rezeki lain pasti ada :)

Tuesday, November 13, 2012

.Maruku Deepavali.

Assalamualaikum..

Harini bukak tv semua rancangan nak Deepavali. Bukak channel ni drama tamil, bukak channel ni lagu-lagu tamil,  bukak channel 5 Singapore ha baru Mr Bean kau. Hehe. So bila dah sana sini Deepavali terus feeling Deepavali jugak. Haaa terus la ibu keletang keletung kat dapur buat maruku. Ha ibu memang 1 Malaysia. Time Raya Cina pun dia sibuk buat kuih raya bagi jiran belakang rumah, Jiran belakang rumah kitorang Cina. Sebab tiap kali Raya Aidilfitri jiran Cina tu beraya rumah aku mesti dia bawak hadiah siap berbalut-balut uollss. Adat katanya bila menziarahi jiran tetangga. Okay lari tajuk nak cite Deepavali melalut ke Raya Cina. Hahaha. Nak feeling-feeling Deepavali beraya pegi rumah jiran India aku dorang pulak balik kampung. Eh orang India pun raya pandai balik kampung ingatkan orang Melayu je gitu. Hikhik. Dari duduk rumah terbongkang je hujan-hujan macam ni, ada baiknya duduk-duduk sambil kunyah maruku. Kate Deepavali. Hee peace !

Bertelap-telap maruku ibu aku buat. Sape yang nak feeling Deepavali meh la datang rumah aku makan maruku. Hikhik ;)

*Haritu dua-dua tangan aku sakit sampai takleh tido. Alhamdulillah harini  tangan kanan aku yang duk lenjan je scroll mouse rase okay dah tapi tangan kiri pulak berdenyut-denyut kebas jari-jari kemain. Tak paham  -.-'

Saturday, November 10, 2012

aku pesakit CTS ?

Assalamualaikum..

Mintak maaf tak mampu nak updet dengan riang gembiranya. Dah beberapa hari ni pergelangan tangan kanan sampai ke jari-jari tangan aku sakit. Hanya mampu online sambil terkebil-kebil pandang skrin laptop. Sedih bukan ? Uhuk. Semalam seharian pergelangan tangan aku bengkak. Lagi-lagi part urat memang timbul-timbul. Urat aku masuk angin barangkali. Sakit sangat tu tak tapi kadang-kadang bisa dan lenguh yang amat. Dan kalau aku paksa pegang mouse lama-lama jari jemari ouchh terasa seperti di awang-awangan, kebas. Owh adakah ni kesan 4 tahun belajar di uni yang memerlukan pagi petang siang malam subuh dan pagi semula pegang mouse main autocad, photoshop semua? Tapi alhamdulillah masa struggle final sem buat design tangan kanan ni okay tak meragam macam ni. Adakah ini tanda-tanda bahawa ada putera raja mahu meminangku menjadi permaisuri nya. Kalau jadi permaisuri kan takpayah buat keje apa-apa duduk je disinggahsana, tiup-tiup kuku. Hahaha tengah sakit-sakit pun sempat lagi? Hihi. Okay sambil taip-taip ni sempat lagi aku gugel pasal sakit yang aku alami ni. Gejala-gejala kesakitan aku saling tak tumpah macam Carpal Tunnel Syndrome (CTS)

CTS bermaksud gejala sakit dan kebas pada tangan serta jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah disebabkan urat saraf median yang melalui terowong dalam pergelangan tangan terhimpit dan tidak berfungsi dengan baik. Apa saja keadaan yang menyebabkan pembengkakan tisu atau perubahan pada kedudukan tisu dalam terowong pergelangan tangan akan menyebabkan saraf median terhimpit dan mengganggu fungsinya. ( Harian Metro Online )

Aku malas nak paham lukisan tangan ni sebab aku bukan budak sains, tapi kalau suruh aku lukis macam ni boleh sebab aku budak seni. Eh memang dasar malas nak pikir memang macam ni. Huk

So sekarang kalau tak nampak aku online tu aku tengah buat terapi senaman tangan macam ni bagi nak kurangkan keradangan sakit tangan aku.

Median nerve gliding exercise. Copy dari sini.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang sakit ni boleh tekan sini dan sini. Aku nak copy paste pun dah tak mampu tangan aku dah sakit sangat ni. Huhu

*nak mintak MC dari ibu aku dari melakukan sebarang keje rumahtangga seperti memasak, mengemas rumah, sapu lantai, basuh baju sidai baju lipat baju dan bla bla bla. Nak baring tengok tv sambil buat terapi tangan je boleh ? Ngee~*
*aku tengah tunggu follower yang ke 555. Tak sabar*

Tuesday, November 6, 2012

.part time job.

Assalamualaikum..

Dah berapa hari tanpa entry baru adalah amat mendukacitakan ye kawan-kawan. Kesian pulak tengok orang datang baca entry aku yang dah berapa hari lepas tu. Mesti kecewa kan bukak blog aku asik-asik entry konvo tu jee. Haha perasan ada orang kecewa. Tiap-tiap hari hujan jari jemari pun sejuk duduk dalam selimut tak boleh menaip. Kihkihkih. Alasan padahal sejuk-sejuk otak malas nak berpikir. Puii. Eh eh actually aku freelance graphic designer sekarang ni. Edit gambar customer katanya. Tu yang tak sempat hupdet blog tu. Okay tu dalam mimpi je. Hahaha. Cer tengok sebelah kanan ni daisypath anniversary ticker tu, ehem-ehem menghitung hari untuk Tahun ke-5 ! So sekarang busy lah i menghedit sana menghedit sini nak buat somthing untuk tahun ke 5 kami nanti. Aku memang kaki edit-edit sementara tengah semangat ni aku kena buat laju-laju bila tiba hangin tak selera aku bukak photoshop pun rasa nak muntah. Tadi dah tunjuk sikit kat incik beliau. Baru tunjuk sikit dah tacing kecing cing cing dah si dia tu. Hihi

Photoshop on progress. ;)

Ni semua gambar kitorang masa seharian melancong ke Melaka haritu. Nampak tak gambar macam ada phorographer padahal hasil kegigihan incik beliau jalan-jalan bawak tripod. Yuhuuu. Senang kot nak bergambar kenangan tak payah suruh pelancong amik kan gambar. Nampak background cantek, stand tripod setting camera angle semua, puas bergambar masing-masing tak kecik hati dua-dua dapat bergambar. Hehe. Aku memang tak boleh beralah bab-bab bergambar ni mesti nak interprem. Kikiki. Nampak purple tak we ollss? Ini bukan kebetulan, ini memang dirancang. Haku punya keje lah ni sedondon purple. Lalalala ;p

*Okay, nak sambung menghedit. Busyyy. Bye !

Saturday, November 3, 2012

.baling, baling, baling !

Assalamualaikum..

Mintak maaf la semua, tuan tanah pink ni memang tak habis lagi mood konvo. Hampir 3 minggu dah konvo tapi rasa macam baru semalam je konvo. Ngiahaha. Hari tu masa aku post gambar-gambar konvo yang berpeluh tengok tu ada yang tanye, eh takde gambar baling topi ke? Haa kali ni aku tunjuk gambar edisi baling topi tak hengat gaya geng nasyid sekolah. Giteww. Sebenanya ni gambar-gambar menumpang tak maluuuuu kat kawan aku sorang ni. Dia tempah pakej photographer gambar single konvo, gambar dengan kawan-kawan dan gambar dengan family. Haa part dengan kawan-kawan tu aku suka dengar. Apelagi orang dah pelawa, mari menyibuk! Haha. Oh ini gambar-gambar kejadian 2 hari sebelum konvo. Balik UTM rehearsal lah sangat kitorang bila dah jumpa mende lain yang direhearsal kan. Haha.

Ha nampak tak aku depan sekali ? Ada gaya macam aku menumpang gambar orang tak ? Hahaha
Bila shoot angle kanan, aku ketua depan sekali, amik angle kiri pun aku lagii depan sekali. Haha ohh manyak syiok oh. Haha walaupun tudung senget ada aku kesah. Haha nasyid okay !
Haaa tu diaaaa. aku lah ketua kumpulan nasyid berjubah ni. Hikhik
Ehen ehem sekali lagii
Okay, mari start baling topi. Yeayy !
Baling lagiii. Yeayy !
Baling topi lagi
Baling lagiiiiii
Baling tinggi-tinggi
Suka sangat baling topi
Haa lagiii
Dah mula dah, dah mula penyakit -.-'
okay, lompattttttttttttttttttttt !
Lepas lompat baling topi lagi. Nahhh !
Memang keje melempar topi je haritu. Haha
Puas dah baling topi ? Hahaha
Disebabkan nak hujan stop baling topi, pegi main entrance gambar sopan-sopan pulak. Hiks
Baru tau terduduk penat baling topi. Haha amik kauu.
Mata menjadi buntang bila suka sangat bergambar baling topi. Eh, buntang? Hahaha ;p

Eh korang, sebenarnya aku ada lagi tau gambar konvo yang ohsem tak tunjuk lagi. Banyak kannnn gambar konvo aku. Haha best nye best nyeeee ! Cukup sebulan konvo aku tutup cerita okay! Janji ! Hihihi

lain-lain gambar konvo boleh tengok kat sini,

*Puas tak tengok gambar baling topi aku ? Hikhik*