Sunday, July 21, 2013

.Manisan Sweet-Sweet.

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama tak bukak blog mula la tersipu-sipu malu bila jengah blog sendiri. Muehehe. Sibuk dengan kekangan hidup katanye. Err ni pun singgah sekejap je nak updet laju-laju. Dah lama sangat entry berkepam kat draft tu ha. Sebelum draft entry-entry tu terkeluar masuk kat draft entry blog orang lain, boleh camtu? Ekeke baiklah kiranya aku up 1 entry cover semua. 

Seminggu sebelum puasa aku macam rajin membaking. Err tak la semua bake pun tapi tekak gedik nak makan benda manis suwit-suwit camtu. Tapi bukan la gula-gula kapas, lolipop ape tu semua. Dia macam sejenis kuih takpun kek. Err paham ke idak?

First of all, aku buat kuih raya. Yang ni bukan tekak teringin, tapi keinginan yang tinggi nak dapat duit poket lebih untuk raye. Hikhik. Yang ni perkongsian bisnes dengan ibu aku. Macam-macam jenis kuih kitorang buat actually, tapi yang paling top ha ni dia Tat Kenari yang pernah aku gembar-gemburkan suatu ketika dulu. Untuk musim perayaan kali ni tak seperti kebiasaan yang cuma ada Tat Kenari Nenas tapi kali ini turut ada Tat Kenari Blueberry dan Stawberry. Pheww.

Amacam jatuh hati tak dengan Tat Kenari iollss? Hehe. Buat awal sebelum puasa bukan untuk sample tapi dah ada orang yang order awal sebelum puasa. Alhamdulillah.

Aku jugak sesambil buat pavlova untuk diri sendiri, ada jugak kawan aku yang order. So memang ngam sangat aku pun teringin nak makan aku buat sekaligus untuk kawan aku. So 2 box untuk kawan aku, seketul besar untuk aku sekeluarga dan seketul sedang untuk jiran sebelah. Blurpp pehh dia punya sedap rase-rase marshmallow, cream yang fresh cukup kental n buah-buahan yang segar-segar uollss. mmm dap dap!

Err kebetulan ada buah kiwi balance buat pavlova, aku potong nipis lepastu cucuk dengan batang aiskrim kebetulan dulu-dulu kan aku rajin DIY ada balance tu aku cucuk la kat kiwi aku ala-ala eskrim. Kehkeh. Lepastu aku cairkan coklat aku celup kiwi lepastu tabur badam cincang. Walawehh rupa dia superbb ahh. Haha. Sekali bila rasaaa, ahh tobat lepasni aku tak buat lagi. Nak tahu? Try la buat dulu. Hahaha.

Kalau uolls perasan minggu sebelum puasa aku banyak jumpe orang updet buat cheesecake biskut. Macam-macam versi aku tengok. Aku pun same lah teringin jugak baq hangg. Kenal pasti barang-barangnye then pergi beli. Buat nye senang betul lah. Putar-putar, susun-susun, lapis-lapis masuk peti ais. Siapp. Lepastu promot bagi jiran tetangga. Kahkah siap dapat order untuk raye lagi. Sempat lagi updet masuk kat fb haritu bertubi-tubi orang inbox tanye resepi. Dengan incik beliau sekali suruh aku inbox resepi. Gedikss sangat tau.

Ha yang ni tak sempat mengidam. Seminggu puasa macam tu dalam pukul 3,4 petang tibe-tibe boleh teringin sangat-sangat nak makan kek. Kek ape? Kek ape-ape jela. Haha aku sendiri tak tahu nak makan kek ape. Aku bukak buku resepi terserempak dengan kek belang-belang merah, purple, biru. Sedap sungguh rupa nye. Eh apelagi terus keluarkan tepung, butter, telur  semua pukul-pukul asingkan 3 bahagian, bakar selapis-selapis. Dah siap bakar tiap lapis, letak whipping cream. Whipping cream balance buat pavlova haritu. Kehkehkeh. Siap dapat sapu luar kek lagi. Fuiyooo. Bila potong santekkk. Punn siap bagi jiran tetangga masuk fb orang mintak resepi lagi. Padahal ni resepi bedal je janji jadi kek. Ekekeke.

Sekarang aku tengah sibuk buat tempahan kuih raya. Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. So aim aku dalam masa terdekat ni nak homemade birthday kek adik bongsu aku. Boleh pulak birthday dia jatuh pada Hari Raya Pertama. Syok laaaa.

*nak wish awal-awal Selamat Hari Raya dulu boleh? Hihi :p

Thursday, May 16, 2013

Si Pengapit Terjun

Assalamualaikum..

Straight to the point Ahad haritu iolls jagi pengapit. Pengapit terjunnn. Haa jangan ingat ada bidan terjun je pengapit terjun pun ada tahu? Ha aku la tu 2,3 hari sebelum majlis disunting jadi pengapit dan-dan je setuju janji si pengantin seponser sepersalinan baju. Ekeke. Tugas jadi pengapit bermula Sabtu malam untuk malam berinai. Aku dah lah tak pernah mengapit malam berinai main belasah je. Pengantin ikut timing aku bila nak keluar dari bilik, bila nak gerak jalan sama-sama dengan pengantin lelaki ke pelamin. Macam mana nak itu macam mana nak ini, mak andam lepas mekap entah kemana hilang sudahnye malam berinai ikut aci dan aku je. Hahaha. Tapi Alhamdulillah malam berinai berjalan dengan lancar. Syabas untuk diri sendiri sebagai pengapit sebab dapat mengawal pergerakan majlis malam tu. Cecewahhh haha.

Habis malam berinai pukul 11 malam si pengantin bagi aku baju pink pink uolss untuk pakai esok masa majlis bersanding. Nasib baik lah baju ngam-ngam dengan aku cuma kain labuh lipat 2 kali sampai tebal pinggang aku. Hahaha belasahh je kata pengapit terjunnn. Alang-alang title pengapit terjun so main belasah je pakai tudung ibu aku. Haa asalkan pink bedal jee. Tudung pun pin je kat leher lepastu selempang kanan kiri bahu. Siappp! Nampak sangat dah takde perasaan naik pelamin sembrono je aku asal boleh. Ohh lupa ni pengantin ke-4 aku apit patut la patut la. -__-' Err tetiba terus terngiang-ngiang ayat Dayah, orang-orang tua cakap tak elok jadi pengapit lebih dari 3x. Errr semoga Tuhan permudahkan jalan aku sebab niat aku baikk tolong orang jadi pengapit. (cc ; incik beliau :p)

Oii Nana mohon stop membebel boleh? Haha. Tengok gambar nak tak kawan-kawan? Kihkih

Amboii seriussss nyeee kakak pengapit. Hahaha

Eksyen je tu kipas-kipas padahal kipas kat atas kepala laju pusingggg. Haaa.

Si pengapit memang fokus kalau nampak kamera ye. Haha

Juga fokus kalau nampak sudu garpu depan mata. Memang sungguh-sungguh aku kokang ikan siakap sweet sour walaupun makan dengan nasi minyak. Kehkeh pun bolehh.

Syok pulak aku tengok pink pink ni warna kegemaran aku dulu-dulu. Sekarang propa je suka pink konon kau Nana. Haha puii. Tengah berkira-kira ni aku kawin nanti nak warna pink ke tak ekkk. Blerghhh. Ehh lupa btw Selamat Pengantin Baru Fer dan Hafiz. Semoga bahagia dunia akhirat berkekalan hingga ke akhirnya. Aminnn. Terima kasih bagi aku merasa naik pelamin warna kegemaran aku kononye. Hikhik

* siapa nak jadi pengantin ke-5 mahu aku apit lai laii laiiii. Servis tiptop siap dapat tips lagi cara-cara naik pelamin. Bhahaha

Thursday, May 9, 2013

Undangan ke Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum..

Tengok sidebar April ada 1 entry jeeee? Prestasi berblogging turun menjunam ke angka 0 (sifar). Sedih tengok pencapaian diri sendiri. Maaf dah lama tak menaip ayat memang auta sikit. Kehkehkeh.  Oh ini sekali pakej dengan tajuk pun aku auta jugak. Bukan nak cerita aku mengundang awak-awak dan awak ke majlis perkahwinan aku, ini nak cerita aku diundang ke majlis perkahwinan kawan aku.

Si bakal pengantin hanyalah kenalan masa zaman sekolah. Kenalan zaman sekolah dan tak sebaya pulak tu. Si pengantin sebaya dengan kakak sepupu aku. Dulu masa zaman sekolah kawan-kawan sepupu aku pun kira kawan-kawan aku jugak. Aku kan kepochi semua orang aku nak kawan. Haa. Dan aku pun dah lama kot tak pernah terserempak si bakal pengantin, ramah-ramah pun kat facebook je walaupun rumah kitorang seberang jalan je tapi serius aku tak pernah terserempak dia. Sabtu lepas si bakal pengantin pm kat facebook jemput aku ke majlis perkahwinan dia dan memandangkan rumah macam dekat dan kad jemputan dia pun dah sampai rumah aku, aku memang dah plan nak pegi majlis nye nanti 12 Mei ni.Dannn nak dijadikan cerita, ehemmmm..

Haaaa nampak ? Aku bukan diundang sebagai tetamu je malah diundang jadi pengapit pulakk !  Ni semalam ye hari Rabu, majlis nye Ahad ni. Ahh ahh tak keruan aku pikir mane nak cari baju pink pulak hey walaupun blog ni bajet macam tuan blog pinky gurlish gurlish tapi sebenarnye nan hadoo ye. Sekarang yang tinggal warna pink dalam koleksi aku hanya sebatang berus gigi je. Hahaha. Bukan pengapit hari bersanding je tapi malam berinai sekali. Hey aku tak nebes nak jadi pengapit almaklumla sebelum ni dah 3 pengantin aku apit dan sebelum ni dah 4 kali aku naik pelamin sebagai pengapit. Adakah sebab aku dah biasa jadi pengapit membuatkan aku insan terpilih? Ecewahh. Setelah berkira-kira dari pelbagai sudut aku setuju nak jadi pengapit sebab last aku naik pelamin jadi pengapit sepupu aku Mei tahun lepas. Genap setahun ayuh jadi pengapit lagiii. Yihaaa. Terima kasih Fer sebab nak taja baju pengapit wane pink. Kikiki :)

*mohon jerawat dan kuncu-kuncunye tak menyerang aku 2,3 hari ni. Hoi pengapit pun harus berseri-seri tanpa sebarang cela. Dupdapdupdap.

Saturday, April 13, 2013

.Baby Putih Dot Dot Dot.

Assalamualaikum..

Kelansungan hidup buat masa sekarang ni membuatkan aku tak sempat nak updet blog. Tak sempat satu hal, takde cerita berhal-hal sebab aku sibuk banyak hal uruskan itu ini bla bla bla. Rezeki bulan April kali ni memang tak ku duga. Bulan lepas hidup lain, bulan ni dah lain. Memang Tuhan dah janjikan setiap orang rezeki lain-lain, dugaan lain-lain, jalan hidup lain-lain. Tapi aku bukan nak cerita pasal orang lain aku nak cerita pasal aku. Kehkeh. Hidup dalam keluarga serba sederhana dah ajar aku macam mana susah nak dapat sesuatu. Ya dari kecik sampai sekarang aku hidup mengikut keperluan bukan kehendak. Aku memang 3 beradik je, ya 3 beradik, aku anak sulung, ya anak sulung takde abang takde kakak memang hidup aku bergantung kat ibu ayah aku semampu yang mana. Selebihnya berdiri kat atas kaki sendiri  kasut saiz 6 ni.

Bila dah kerja ni Alhamdulillah ada pendapatan sendiri. Rasa puas hati dan bangga pada diri sendiri sebab sampai tahap macamni aku cuba jugak untuk usahakan sendiri atas nama aku sendiri. Rasa puas hati dan yang penting aku rasa aku dah besar dah boleh berdikari walaupun selama-selama ni aku sekolah, tak duduk asrama, aku sambung universiti tiap-tiap minggu balik rumah malah kerja pun ulang alik dari rumah tiap-tiap hari. Sungguh indah percaturan hidup yang Tuhan sediakan untuk aku walaupun sangat susah aku nak lalui pada awalnya dan akhirnya aku dah berjaya hadiahkan sebuah 'baby putih' untuk diri sendiri. Hikhik

'Baby putih' baru seminggu lebih duduk kat rumah.  Seminggu lebih je urusan pembelian 'baby putih' ni. 24 Mac hantar dokumen lengkap, 28 Mac dah sign loan bank, 3 April 'baby putih' dah keluar. Hihi Apatah lagi 'baby putih' datang bulan ni, bulan ni jugak gaji pertama aku. Heaven woo heaven walaupun agak malang sebab gaji lambat patut dapat 1hb tapi bos issue cek 8hb. Nak clear kan cek 3 hari bekerja cukup 3 hari pegi atm nak cek akaun tapi kad atm aku reject pulak. Pehhh gila geram takde mood semua semalam pergi bank nak settle kat kaunter je try cucuk kad lagi pun reject lagi pindah mesin lain, lahhh boleh pulak. Hikmahnye kat sini harini dah masuk minggu ke-2 bulan baru duit gaji aku bulan lepas tak terusik walau seringgit pun. Yihaaaaaa! Lagi 2 minggu gaji lagi. Hikhukhikhuk gelak kuda. Kehkehkeh. Eh lupa kena ketepikan duit untuk fisrt installment 'baby putih' :p

Aku bila ayat dah melencong-lencong macam ni memang bahaya mau 3,4 hari aku karang ayat lepastu save tak publish pun. Hahaha.  

 Nampak bayang-bayang 'baby putih' titeww tak? Ngee~ 
Lambai-lambai tangan kat 'baby putih' nombor surat beranak, JPG *** :)

Sunday, March 24, 2013

.bisnes hujung minggu.

 Assalamualaikum

Err lama betul tak updet. Tiap hari kerja kerja balik dah penat tak sempat nak hai-hai kawan blog. Weekend ni je la yang ada sempat nak updet. Sabtu kerja halfday tapi semalam pergi site balik pukul 7 malam rasa musnah hujung minggu aku. Hissh. Ahad jela yang tinggal masa aku sempat nak huha-huha lupakan kejap kerja ngeri kat opis tu. Pheww.

Oh ya nak cerita hujung minggu sabtu lepas balik kerja halfday terus berdesup pergi kedai bahan kuih beli barang-barang nak membaking. Ahh lama betul kononnye tak main masak-masak kebetulan ada order terus la semangat berkobar rasa macam bisnes woman yang mengusahakan perusahaan industri kecil sederhana (IKS). Kehkehkeh. Bolehlah buat simpanan premium nak beli banglo tepi tasik nanti. Hiks. 

So sempat lah kiranya aku buat pavlova untuk tempahan ecewahhh ehem ada tempahan uolsss dan baki tu boleh lah buat alas tekak mengidam aku. Aku lebih prefer buat mini pavlova daripada sebiji pavlova yang besar tu. Aku sekarang tengah fikir nak buat inovasi pelbagaikan lagi perisa pavlova aku untuk pasaran antarabangsa. Kahkahkah verangannnn yeee. 

Di samping pavlova aku yang ohsem tu minggu lepas jugak ada tempahan tart kenari yang kewajipan nye ibu aku buat untuk tempahan hari raya je. Ni kes adik aku lah ni promot kat sekolah kemain beratus-ratus biji mak kepada kawan-kawan adik aku order. Aku post kat FB, jiran-jiran tetangga pulak order. Alhamdulillah rezeki walaupun bukan musim perayaan. Oh ya tart kenari ni inti nye jem nenas, lepastu yang pink biru tu adunan kek. Silalah bayangkan rase nye tu macam mana ye. Selalunya kek atas tu kitorang buat warna hijau pink, kali ni buat biru pink pun pehhhh comel jugak. Hihi. Tart kenari ni advance sikit sebab bila musim perayaan memang dah menembusi pasaran antarabangsa ke Kota Singa nun sebelah sana tu, Singapore. Ohh tahniah kepada puan Ibu. Hikhik

*okay dah updet ! tunggu lagi post baru tahun depan. haha :p
*kemain CPUV sampai 5 on going walaupun aku pemalas nak updet*

Saturday, February 23, 2013

.Gila Kentang.

Assalamualaikum..

Hai harini aku dah kebah sikit dari demam. Semalam la seharian selubung dalam selimut dahi tekap dengan saputangan basah berbaring meringkuk sambil mulut mengeluarkan bunyik. Aku kalau demam lagi-lagi kat rumah memang mengada demam berbunyi-bunyi macam tenat sangat dah gaya nye. Kikiki. Alhamdulillah harini dah boleh bangun selongkar-selongkar periuk perut lapar kot kekonon semalam takde selera nak makan. Hik.

Err kekonon sekarang ni selera aku baru terbukak yela baru baik demam jom aku cerita pasal makanan nak? Err bukan cerita ape pun tapi nak tunjuk gambar je lebih sebenarnya. Hihihi. Aku kan suke main masak-masak tapi bukan masak-masak gud-gud macam chef-chef tu, ni masak simple-simple je kalau time lapar je baru aku rajin. Kehkehkeh kejiii. Kat rumah aku, bila time belanja barang dapur ibu aku mesti beli kentang seguni terus. Sebab aku dengan adik-adik aku suka betul makan kentang. Jadi tu kira macam stok makanan ruji kitorang kat rumah selain beras. So nak tahu ape yang aku penah buat bila lapar dengan stok kentang-kentang tu? Hihi jom-jom.

1. Nugget Kentang bersalut Cornflakes

Rebus kentang lepastu lenyek-lenyek, campur bawang besar yang dah cincang, lada sulah sikit, nak letak daging cincang sikit pun boleh, daun sup sikit. Kepal bulat-bulat agak-agak lah nak besar mana lepastu guling-guling kan kat tepung gandum, celup dalam telur lepastu guling kan pulak kat cornflakes yang dah dihancurkan tu. Lepastu boleh goreng ye.

2.  Bergedil Kentang

Bergedil kentang mesti semua orang tahu kan. Sama lah jugak rebus kentang, campur daun bawang, bahan perasa secukupnya tambah lah apa-apa yang korang suka celup dengan telur dan goreng.

3.  Kentang Bakar Berkeju

Yang ni pun rebus kentang lepastu lenyek-lenyek letak butter/marjerin, fresh milk sikit, lada sulah. Semua tu letak ikut sesedap rasa selemak mana yang tekak nak. Masuk dalam cup takpun kalau ikut resepi sebenar masuk kentang yang dah lenyek ni kat kulit kentang yang dah dibelah dua korek isi nye je lepastu bekas kulit tu letak kentang yang dah lenyek ni. Err paham tak? tak paham sila gugel. Ni kebetulan ada cup foil lebihan aku main masak-masak masuk dalam ni lepastu letak cheese atas pemukaan lepastu masuk oven dan bakar.

4. Mashed Potato with Gravy ( Kentang Putar )

Semestinya kentang direbus dulu dah rebus lenyek-lenyek kentang, letak mayonis, lada sulah sikit, letak perasa gaul sebati lepastu putar pakai mixer bagi betul-betul hancur. Untuk gravy tu pulak macam-macam benda aku campak ikut sedap hati masak butter/marjerin, kiub ayam, sos tiram, sos cili, kicap, fresh milk, dan tepung untuk pekatkan kuah. Bahan-bahan ni adjust ikut kesedapan tekak. Kihkihkih

5. Wedges   
 
Yang ni nak rebus dulu kentang nye pun boleh, taknak pun boleh. Tapi aku rebus dulu terlebih masa. Kehkeh. Kentang yang dah rebus, potong wedges letak serbuk kari sikit, perasa, gaul-gaul sebati lepastu guling kat tepung, celup telur then guling kat cornflakes hancur. Tapi sekarang aku lagi suka balut dengan nestum sebab wangi lemak nestum lagi sedap terasa. Gravy tu lebih kurang macam gravy aku bagitau tu tapi yang ni aku ngengada tambah bawang holland dan tomato. Hikhik

*aku memang suka amik gambar makanan yang aku masak. Hikhik
*incik beliau naik kapal harini setelah 5 bulan setengah cuti kat darat ni. Err sebab tu ke aku demam ni. -_-'

Wednesday, February 20, 2013

.Semangat Stadium.

Assalamualaikum..

Saat jam 3 pagi ini aku gagahkan jua taip entry sambil terduduk di birai katil demi serangkap entry yang fresh takut esok aku dah lupa nak cerita apa itulah sebabnya aku masih di sini jam 3 pagi ni ada paham? Eh selalu macam ni memang taklah aku nak menaip lagi sebab selalunya macam ni aku dah ke alam mimpi cinderella dah. Hikhik. 

Tak tido lagi ni pun sebab baru lepas borak sakan dengan ayah aku. Hei ayah aku baru balik dari Stadium Larkin tengok game Liga Super Johor Darul Takzim lawan Lions XII Singapore tu haaa tak di bawak ditinggalkannya aku anak perempuan dia yang makan tido mimpi bola ni ha. Cess. Alasannya kat stadium nanti tak duduk kat grandstand nanti takut kena hujan aku demam. Wuwuwu so suwitt. Haha. Okay lah ayah fine fine aku kat rumah pun sentiasa tercongok kat page ni nak tahu dah berapa gol ape tu semua nak tunggu ayah aku tweet lambat lah kan. Hihi. Syok gila dengar ayah aku cerita dia duduk dekat dengan Ultras geng sorak yang sentiasa bersorak walau ape pun terjadi. Siap demo lagi macamana dorang sorak lagu ape dorang nyanyi tu semua. Haha sambil ayah aku cerita sambil aku feeling aku yang duduk dekat dengan geng Ultras dalam stadium. Ekeke.

Oh sebenanrnya nak dijadikan cerita aku excited tunggu ayah aku balik sebenarnya. Jam 1 pagi jugak kot ayah aku sampai rumah aku kemain tunggu bukak kan pagar semua nampak ayah aku pegang beg plastik terus sengeh-sengeh intai beg plastik tu dengan harapan ada lah buah tangan untuk aku. Ecewahh verangan ye aku verangan jeee sekali ayah aku cakap, 'ayah belikan Adaa(adik aku yang bongsu) sorang je baju'. Terus rasa nak masuk dalam dan berlari naik bilik dan tido. Memberontak lah kononnye tak dapat baju. Haha.

Adik dengan ayah punya baju. wuu wuuu jeles i T______T'

Eh eh tapi ayah aku dah cakap tunggu next game nanti dia melanje baju Harimau Selatan. Aummmmm. Boleh pakai pergi joging. Hikhik. Okay kesat-kesat air mata tak jadi nangis. :)

Wednesday, February 13, 2013

.Bukan Sekadar Cekodok.

Assalamualaikum..

Eh tajuk entry dah macam tajuk lagu pulak. 'Bukan Sekadar Cekodok di Pinggiran' Hahaha. Eh tak tak aku serius ni, harini aku nak cakap pasal cekodok pisang boleh? 'Heyy Nana kamon la cekodok pisang pun nak cerita tunjuk dalam blog ke,hey hey' . Ehh cer sabor. Ni bukan sembarang cekodok pisang tau. Jangan main-main ye ni cekodok pisang style omputih. Ini cekodok pisang siram cokelat okay! Haha.

Kat rumah aku kan macam tetiba banyak pulak pisang yang dah masak. Haritu dah buat popia pisang lepastu ada baki yang terlalu lembik dari terbuang baik buat cekodok ye dak? Alahai cekodok je punn.  Dah nama nye tekak kampung, kampung lah jugak. Hek.

Eh tekak kampung tekak kampung jugak tapi ada hati nak di urbankan. Kehkehkeh. Coklat masakan lepas curah kat popia pisang ada lagi teruslah cairkan curah kat cekodok pulak. Punnn boleh. Sedap pun sedap. Terlalu manis? Eh tak tak. Cekodok pisang tu manis-manis buah je tambah dengan manis-manis cokelat memang umpphh rasa dia bukan 'pheww' mahupun 'walahh'. Tak percaya? Cuba lah.

Pulak tu makan petang-petang pekena dengan kopi panas pulak kannn dengan cuaca sejuk-sejuk lepas hujan. Pehhh terangkat wa cakap luu.

*ni menu minum petang semalam, harini tu haa aku baru lepas je buat biskut cokelat pulakkk. Pisang dah habis, cokelat pulak tak habis lagi. Kehkehkeh :p

Tuesday, February 12, 2013

.Hias Kek dan Menang.

Assalamualaikum..

Aku macam takde motif tadi online sesaje cari resepi kek. Resepi kek mende yang aku cari pun aku tak tahu main gugel je. Haha. Resepi kek tak jumpa tapi yang aku jumpa gambar kek yang atas permukaan kek tu penuh dengan hiasan bunga krim. Bila tengok terus aku teringat zaman aku sekolah dulu. Nak tahu kenapa sebab dulu masa aku form 5 aku wakil sekolah dalam pertandingan hiasan kek. Ecewahh. Kat sekolah kan ada macam macam unit badan beruniform aku dulu masuk Persatuan Puteri Islam(PPI). Kalau kat sekolah dulu sesapa masuk PPI kan macam skema je geng budak budak baik orang lain berebut rebut masuk Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, PBSM, aku rilek je masuk PPI. Ada sesapa budak PPI kat sini? Dulu aku wakil PPI sekolah pergi Zon, pergi peringkat daerah masuk pertandingan hiasan kek. Eh tapi kenapa dulu cikgu pilih aku sedangkan aku takde pun basic buat buat kek ke hape. Ah budak-budak tahu mende kan lagi-lagi masa tahun 2005 tu aku form 5 tapi umur aku 16 tahun budak 'lompat' aku ni pendek pulak tu -_-'

Eh ni kek fondant tapi iras-iras macam ni lah kek yang aku hias penuh bunga tapi lagi banyak dari ni.

Baiklah sambung semula, hmm agak-agaknya cikgu pilih aku sebab aku comel kot. Kahkahkah. So beberapa minggu sebelum pertandingan tu lepas balik sekolah aku ikut cikgu aku pegi prektis hias kek. Ha sampai macam tu sekali. Aku dengan pakai baju sekolahnye ikut cikgu aku balik rumah dia lepastu pegi kedai kek suami dia. Ha aku belajar dengan suami cikgu aku tu lah. Tak memasal aku macam join short course hias hias kek. Hehe. Syarat pertandingan tu pihak penganjur dah sediakan kek kosong yang takde krim langsung dan aku kena hias kek tu dengan krim sampai cantik kek tu. 

Lebih kurang macam ni bunga tu pakai krim dan penuh permukaan kek

So memula aku belajar teknik letak krim ikut bentuk bulat kek tu. Masa ni kena pandai main dengan spatula nak pastikan krim yang kita tepek tu licin dan cantik je. Lulus bab ni aku belajar pulak cara nak buat bunga dengan krim dan macam macam lagi bentuk. Masa tu kitorang pasang strategi nak hias permukaan kek tu penuh dengan bunga krim. Buat bunga krim sekuntum pun leceh kau tahu apatah lagi nak buat banyak banyak penuhkan atas kek tu. Tapi berkat ketekunan aku akhirnya aku mampu jugak hias kek yang penuh dengan bunga krim atas tu dan masa pertandingan tu peringkat zon aku dapat Johan, terus wakil zon ke peringkat daerah tapi dapat Naib Johan je. Aku tak dapat jadi Johan menurut juri sebab aku ada lilit dengan reben kertas kat kek tu. Ahh kalau tak aku dapat pergi peringkat Negeri masa tu. Ahhh rugi.

Serius 95% macam ni kek yang aku hias penuh permukaan kek dengan bunga krim warna pink tau.

Bila pikir balik ruginya aku takde simpan gambar kek yang aku hias tu. Dulu kan zaman kamera pakai kodak cikgu aku je yang ada ambil gambar kek yang aku hias tu. Kalau lah aku ada sekeping gambar tu dapat lah aku tunjuk kat bakal suami dan anak cucu cicit aku nanti. Hahaha. Tapi untungnya aku dapat belajar cara-cara hias kek dari pakar buat kek. Sekarang teringin nak buat kek dan hias macam ni tapi bila pikir balik, motif buat camtu? Kehkeh tunggu nanti jelah kek kawin aku buat sendiri. Sempat pulak pengantin nak buat kek hias buat bunga-bunga krim kurang-kurang pun nak buat 5 tingkat makna nye 5 biji kek penuh dengan bunga krim. Pengsan. Haha

*gambar semua hasil pencarian google*

Sunday, February 10, 2013

.Kuih Raya CNY.

Assalamualaikum..

Malam ni malam Tahun Baru Cina. Petang tadi petang Tahun Baru Cina dan esok Hari Raya Cina, teringat pulak aku kat tragedi malam Raya Cina tahun lepas bila ibu dengan adik-adik aku kemalangan. Hmm tu nanti-nanti aku cerita. So macam tahun-tahun sebelumnya kitorang mesti buat kuih bagi jiran cina belakang rumah aku. Eh bukan kitorang, tapi ibu aku je. Kehkehkeh. Orang cina kan suka makan tart nenas. Ibu aku buatkan lah tart nenas. Selalu ibu aku buat 'tart kenari' tapi tahun ni ibu aku macam tak sempat terus buat tart gulung je tart paling senang. So walaupun Raya Cina punnn ada kuih raya okay kat rumah aku. Meh lah datang beraya tapi angpau takdok. Haha. Macam dulu masa Deepavali pun ibu aku buat maruku tahu. Semangat 1 Malaysia lah kata kan. :)

Amacam ? terliur tak tengok tart gulung nenas ibu aku yang keemas-emasan ni ?

Ibu dengan adik aku sibuk buat tart nenas, aku pulak sibuk buat resepi aku. Ada pisang banyak yang dah masak-masak, cakap dengan ibu aku nak buat pankek pisang ibu aku cakap buat lah. Pikir 3,4 kali rasa malas pulak. Bukak esbok ada kulit popia. Terus aku belah-belah pisang, gulung dengan kulit popia dan goreng. Sesambil tu buat sos coklat campak je ape yang ada.

Popia berintikan pisang rangup rangup manis manis pisang dan rasa kecoklat-coklatan tu ye memang enak di makan begitu saje. Pheww..

*Situasi sekarang ni macam perang dunia berdesing telinga memang dari kecik tadah je telinga pang pung pang pung bunyi mercun bila malam Tahun Baru Cina. Dulu aku sekolah menengah form 1 sampai form 5 budak kelas aku ada dalam 45 orang, 8-10 orang je budak melayu selebihnya budak Cina. Silalah bayangkan betapa 'Beijing' nye pekan area rumah aku. Kehkehkeh

Tuesday, February 5, 2013

.Kopi Panas.

Assalamualaikum..

Sekarang ni cuaca memang tak menentu ke ? Dalam minggu ni kat Johor sekejap panas sekejap hujan, sekejap redup, sekejap berangin. Sekarang ni tengah aku taip entry ni hujan lebatnye adui dui sejukkk. Aku ke dapur tadi masak air, terasa sedapnya minum kopi o' panas-panas time sejuk hujan macam ni. Minum petang tadi dah buat teh o' panas so memalam macam ni sambil layan drama 'Cinta Qaseh' memang terbuai perasaan tiup-tiup kopi o' panasss. Hikhik. Aku ni jenis semua air aku telan, teh o', teh susu, milo o', milo susu, horlicks, kopi o', kopi susu, apatah lagi nescafe memang aku hantu. Ada orang kan minum teh, tapi tak minum milo, ada orang minum milo tapi tak minum kopi. Ohh rugi tahu ? Hilang 1 nikmat dunia. Ekeke memandai je aku. :p

Dulu masa zaman study kat uni petang petang kitorang rajin keluar pergi warung belakang utm makan cucur cicah sambal kacang. Pheww sedap ohh. Bila makan cucur mesti order air, aku dengan rumet aku mesti order kopi panas. Memang kitorang kena bahan kaw-kaw sebab diorang kata orang orang tua je yang minum kopi. Kahkahkah ye ke? Korang minum kopi tak macam aku ?

Wednesday, January 30, 2013

.Hadiah Manis-Manis.

Assalamualaikum..

Ehem-ehem semalam aku dapat something dari seseorang. Amboi kemain ye ayat aku 'seseorang' tu. Hihi. Kelmarin beliau dah inform yang benda tu dah di pos. So semalam aku yakin dengan khidmat pos laju so semalam tengahari dah sampai. Yeayyy tak sabar nak bukak tak sabarrrrr. Dupdapdupdap. Heee :) 

Nampak tu 'with luv, Chic Na'. Hihi. CikNa bagi sempena birthday aku hari tu tuuu. ^^v 
Jauh tau dari Kelantan ke Johor.

Tarraaaa ! CikNa bagi ni. Coklat Hello Kitty ! Ha kau besar gedabak terus aku tepek. Comel gilos kau tahu sayang nak makan tapi bila dah makan dah tak sayang dah Hello Kitty nye sebab sedapppp ! Ni semua gara-gara entry aku pasal Hello Kitty yang aku idam-idamkan. CikNa komen terus tanya birthday bila nak coklat Hello Kitty tak kalau nak bagi alamat. Eh eh apelagi rezeki jangan ditolak Hello Kitty pulak tu gila ke aku taknak. Haha mesti lah nakk. Masa makan tiba part kepala Kitty terus rasa sayang cepat-cepat text CikNa cakap alebiuuu. Hahaha. Btw terima kasih CikNa buatkan Hello Kitty baju pink ngn munge pink tuuu. Sayang CikNa muahh muahh. Hee :) *terasa diri comels seakan kanak-kanak 12 tahun bila orang melayan bagi aku Hello Kitty ni.  Pink pulak tuuu. Ekeke*

* tangan Kitty angkat sebelah tu tanda " Hye H, jangan jelessss ! "Kahkahkah

Sunday, January 27, 2013

.jalan-jalan hari Jumaat.

Assalamualaikum..

Selalu benda yang kita rancang kemas-kemas makan bulan tak tentu nye jadi. Kadang-kadang tu last minit boleh tak jadi. Tapi kalau benda yang ketingggg ! idea last minit punya plan terus jadi. Walaupun idea yang ketinggggg tingg tingg sangat tu cuma nak keluar berjalan je bukan nye ape punnn lepastu bukan pegi jauh mane punnn. Hehehe tapi seronok eksaited nye kamahennn kau. Yela dapat keluar dengan geng sekapala sehati sejiwa. Ecewahh.

Ni gara-gara cik aien aku amboi sambung cuti maulid nabi hari khamis terus sambung cuti sampai sampai isnin. Dan dan je ajak aku keluar kelmarin hari jumaat. Keluar bertiga dengan geng aku lagi sorang, Eza. Kali ni keluar tak menuju ke City Square ke, Plaza Angsana ke, even Jusco Bukit Indah tempat wajib sekalipun tak jejak. Punya lah pegi tempat yang tak memerlukan keluar duit tapi hati seronok dapat bergambar berjuta lemon dan yang paling penting dekat dengan rumah. Tahu kat mana ? Hihi..

Iskandar Nusajaya lah. Ada apa kat sana? Macam-macam ada. Yang paling latest baru opening haritu, Puteri Harbour Theme Park. Haa yang ada Hello Kitty town yang aku gila-gila macam nak gila dengan si Kitty tu ha. Sampai Puteri Harbour terus berlari pegi building Little Red Cube. Amboi kemain kau Nana berlari dengan harapan ada replika Kitty ke kat entrance ke hape. Kate orang tak dapat masuk Hello Kitty Town pun takpe, asalkan dapat bergambar dengan gambar Kitty nye pun takpeee. Tapi nan hado ye kawan-kawan. Ahh tak attractive langsung. Marah betul aku. Haha. Tapi nasib baik lah nasib baik lah Souvenir Shop si Kitty tu kat luar means kau tak payah masuk pakai tiket memang ada kat luar dapat lah jugak feeling macam dalam Hello Kitty Town. Haha puii. Sekaki payung Kitty RM 119 camtu. Mampus mahal memang aku sanggup berhujan dari beli payung tu. Wakaka. Kat dalam tu aku tak berani nak amik gambar tengok semacam je orang-orang dalam tu muka tourist sangat. Aku kan cuma orang kampung sebelah tu je. Haha

Dalam Little Red Cube building salah satu kartun yang ada kat sini, Lat's Place. Nasib baik ada jugak lukisan kartun Lat ni dapat jugek posing.

Alahai sunyi je macam takde orang. Rase macam nak main 'polis sentri one two jaga'. Hahaha

Dah bosan keluar dari Little Red Cube tu terus jalan ke Marina Puteri Harbour sebelah tu je punnn. 

Lepas dah duduk duduk sekejap amik angin laut semua terus cari port nak makan. Eh tapi makan pun tapaw dari rumah okay. Haha. Aku siap-siap buatkan bebudak ni apple crumble dengan pie ayam. Suka la dorang makan atas rumput mengadap laut. Oh gambar takde sebab si Eza tukang amik gambar kitorang sibuk makan. Ekeke. Lepas je makan pot pet pot pet atas rumput terus menuju ke destinasi seterusnya memandangkan budak 2 org ni belum jejak lagi kaki kesana walaupun dekat. Baiklah baiklah destinasi seterusnya ialah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hye Legoland !

Legoland sebelah Puteri Harbour je ni ha. Tak sampai 5 minit je dah sampai. Betul-betul berdepan dengan Medini Mall. Mall nye kecik je tapi bolehlah buat jalan jalan exercise kaki dan dan terus sampai entrance Legoland. So takde lah macam lawak sangat tak masuk Legoland setakat posing kat entrance terus balik. Hekhek. Kelmarin pegi hari Jumaat so umat manusia memang kurang lah berpusu-pusu. Lengang je Legoland aku rasa macam nak main 'teng-teng' je depan entrance tu. Wakaka.

Memula amik gambar dari jauh je. Hee

Lepastu makin dekat amboi gedik pulak. Kehkeh

Okay dah paling dekat ni ha nak masuk dalam-dalam lagi kena pakai tiket lah. Hahaha Okay dah puas posing hari dah lewat petang nak balik dah. Mak-mak kitorang dah pesan jangan balik malam, mesti balik sebelum magrib sebab before ni kitorang penah buat hal keluar tak hengat, balik lewat malam. Kehkeh kbye !

*kali kedua pegi entrance Legoland pun tak puas-puas jugak bergambar. Hehe suka entrance nye comel sangat. Geram. Hikhik ;p
*Hotel Lego tengah under construction kat sebelah ni ha.

Wednesday, January 23, 2013

.Cerita Hari Lahir.

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak buat entry bergambar sambil bercerita sambil tunjuk gambar. Ewahh okay mari kita mula. Banyak banyak bulan dalam kalender aku paling suka bulan January sebab bulan birthday aku. Hihihi. Bermula 3 tahun lepas saat-saat birthday aku memang excited nak tiup lilin, nak makan kek, tiup lilin lagi dan makan kek. Hadiah aku tak kisah ada ke takde tak penting yang penting 3 tahun berturut-turut dapat sambut birthday dengan kawan-kawan. Huu tahun ni takde lagi rindu nyaaaa 4 tahun kat UTM pagi petang siang malam sampai ke subuh sama-sama kat studio, 4 tahun pegi site sesama, 4 tahun pegi trip sesama, 4 tahun gelak ketawa gaduh nangis sesama dan yang paling best bila dapat konvo sesama Oktober lepas. Yang buat lagi terharu nak nangis hidung sumbat-sumbat berhingus bila bulan January tiap tahun kitorang kongsi bulan birthday sesama. January lah paling meriah. Selang dua hari ada birthday, selang 2 hari lagi ada birthday, dan dalam bulan tu memang tepung gandum laku habis kat kedai runcit sebab kitorang yang beli buat main baling-baling. Bhahaha. Aduii aku rindu. Start 3hb birthday Kak Peja, 15hb birthday Syam, 19hb birthday aku, 24hb birthday Api, 26hb birthday Din, 30hb Bithday Kak Shitah, 31hb birthday Calista. Birthday bulan yang sama tapi tahun yang berbeza-beza aku lah yang paling mudaa beliaaaaa. Aku kan Cik Su. Hikhik :D

2010 : Lepas 12 am birthday aku. Malam tu aman damai buat keje kat studio. Rumet aku prank ajak aku keluar pegi toilet, balik tu masuk je studio hambekkkk kauuu mandi tepung. Hahaha. Lepastu terus main kejar-kejar baling baling tepung tak hengat dah puas cepat-cepat sapu bersih bersih takut esok kena bebel dengan aci cleaner sebab studio kotor. Hahaha. Dapat jajan yang banyak dan seketol bear pink name dia Fifi. Hee.

2010 : So malam hari birthday aku, buat proper sikit tiup lilin, nyanyi nyanyi ramai ramai potong kek makan kek. Best sangattt bila kekawan kau ramai-ramai nyanyi lagu Hepi Birthday kat kau sambil tutup lampu dalam gelap disinari cahaya lilin je. Memang menitis airmata aku dalam gelap tu la. Hihi. Paling terharu coursemate aku budak China record buat video malam birthday aku siap edit bagai video siap ayat 'Nana Birthday Princess' background pink-pink. Hihi kembang kuncup iollss. Alahai rindu si Bao Han sekarang kat Melbourne further study.

2011 ; Masa ni coursemate aku nak buat seprise birthday party untuk gilpren dia. Aku termasuk lah dalam AJK kepoh-kepoh malam tu. Kebetulan birthday gilpren kawan aku tu sehari sebelum birthday aku sooooo sebelum suprise kat beliau aku dulu lah posing-posing dengan kek dengan pisau potong kek. Bhahaha.

2011 : Beberapa hari lepas tarikh birthday aku macam takde sesapa nak sambut ke seprise ke terus rase ahh lupakan. Tapi ntah malam bila masa kat studio tetiba muncul seketol kek dengan lilin kebetulan Baby January ada aku, Syam dan Api teruslah kitorang gilir-gilir tiup lilin. Haha

2012 : Yang ni pun sambut birthday secara berjemaah. Baby Disember masuk sekali dalam Baby January. Kek besar sampai 2 biji. Siap dengan hidangan makanan yang kekawan aku masak ada steambot, nasi goreng, nugget, sosej ape tu semua. Tapi kali ni buat outdoor tak buat kat studio ktorang buat kat kolej mana yang majoriti kitorang duduk. So buat kat wakaf kat kolej aku, Kolej Tun Razak. Konsep celebret ramai-ramai hidupkan lilin, nyanyi, sorang tiup lepastu posing kat kek dan berulang-ulang gigih buat camtu sampai semua yang celebret birthday dapat tiup lilin. Hahaha. Lepastu makan-makan sampai kenyang lepastu ape lagi baling tepung lari lari memang takut gila last-last aku lari terus balik bilik aku. Wakaka.

2013 : So tahun ni dah habis belajar, sepanjang masa kat rumah. Seminggu sebelum birthday list kan makanan yang teringin tekak nak makan, Lepastu pilih 2,3 menu beli bahan-bahan semua, hari birthday duduk dapur sorang-sorang haa kau masak lah ye Nana sorang-sorang teringin sangat kan tekak nak makan itu ini. Haha. Bila dah meningkat tua ni kena buat sendiri ye. Duduk dapur setting semua bahan mula-mula buat chicken pie. Masak inti siap white sos lepastu uli pastry nye tepek-tepek kat loyang ha dapat jugak aku buat 2 loyang chicken pie. Sesambil tunggu chicken pie masak dalam oven, sediakan bahan nak buat pavlova, duduk pukul meringue paip-paip masuk dalam cup, chicken pie dah masak masuk pulak meringue sampai masak lepastu pukul whipping cream tabur buah naga dengan mangga. Haa aku kan orang kampung. Ecewahhh padahal kelam kabut masa cari bahan terus aku tak jumpa mana duduk stroberi, kiwi, anggur tu semua. Hahaha. Lepastu siap-siap sediakan bahan nak buat black paper sos untuk chicken meatball. Campak-campak jela ikut sesedap hati sesambil goreng chicken meatball dan fries sesambil feeling ala-ala meatball Ikea. Hahaha. 

. Dah berhari taip entry ni edit save edit save tak publish-publish. Haha tu je cerita birthday aku 4 tahun berturut aku cerita terus. Letihh, mak nak berehat dulu ye anak-anak. Ekeke. Oh yaa sebelum terlupa aku berkongsi tarikh lahir sama dengan anak kedua Sheikh Muszaphar angkasawan negara tu dan aku jugak sebaya dengan si Aiman Vanilla Coklat. Auww bak kata kawan aku, "public figure sangat birthday kau Na'' Kehkehkeh

Saturday, January 19, 2013

.Metropolis Tower with ex-rumet.

Assalamualaikum..

Hai hari ni 19 January hepi birthday aku. Terus lah updet umur kat kotak atas tu haaa. Kotak tu kotak tuuuu. Cerita pasal birthday esok-esok jelah cerita. Eh tapi sebelum tu cepat lah wish Hepi Birthday kat aku. Haha. Nampak tu umur makin meningkat kena terus pandang ke depan  gigih tak putus asa demi mencari sesuap nasi. Kuang kuang kuang. Disebabkan aku banyak sangat strategi hidup masa depan jadi aku memang insan terpilih yang gigih asik asik pergi interview. Alhamdulillah Ya Allah dugaan demi dugaan tu yang buat aku lagi matang menempuh tiap ape yang datang. Bulan 1 ni je dah 3 kali aku pergi interview dan sekali mase Oktober lepas. 4 kali interview, bidang yang lain-lain. Ha nampak ? aku tengah gigih kumpul pengalaman interview. Haaa orang lain interview sekali terus kerja, rugi tahu ? Hihi. Aku walaupun dah berjaya di antara interview yang aku dah pergi tapi disebabkan ada masalah yang berbangkit terpaksalah menerima hakikat bahawa rezeki aku bukan disitu. Hidup mesti positif persetankan yang negatif tu semua. Wahhh gitu. Teruskan usaha pergi interview lagi dan lagi. Planning dengan ex-rumet nak mencari rezeki di luar kuasa bidang sama-sama lah apply kerja di luar kotak bidang. Nak sangat kan kerja dalam bangunan tinggi-tinggi nah sesama dapat interview kat Metropolis Tower, JB. So ex rumet dari Muadzam Shah datang awal sehari stay kat rumah aku dan gigih lah dua budak ni dengan satu matlamat murni pergi mendaki tower tu ha. Hikhik

Interview di bangunan tinggi wajiblah berpakaian professional. :)

Interview kali ni tak selepak interview yang aku dah pergi 3 kali sebelum ni. Bajet aku dengan ex rumet aku je yang interview rupa-rupanya sangkaan sangat sangat meleset sampai opis tu berpusu-pusu umat manusia yang interview jugak. Aku rase macam mase tu jugak nak terus terjun dari menara tu balik rumah masa tu jugak. Bukan kecut perut tapi aku speechless. Wakaka. Dalam 30 orang ada aku rasa. Isi borang tunggu turn dalam 1 jam jugak baru sampai turn aku. Kecut perut aku buang jauh-jauh sebab aku baca ala kadar je profile syarikat. Mati oi. Tapi nasib baik konfiden mengatasi segala-galanya aku main jawab je dan manager tu 10 kali cakap "okay, good good !" Bhahaha walaupun aku jawab begitu plastik skali. Last skali manager tu cakap nanti akan ada shortlisted untuk 2nd interview. Lahhhh pulak gituu. -_-'

 Balik tu terus melepak memikirkan strategi yang seterusnya. Memang dasar ex-rumet betul. Haha

*Marilah bersyukur dengan tiap ape yang Tuhan dah tetapkan untuk kita. 
*Esok baru buat Hepi Birthday aku tiup-tiup belon semua. Yahuuuu !

Monday, January 14, 2013

.Merlin oh Merlin.

Assalamualaikum..

Hai isnin malam selasa macam ni korang buat ape ha? Tengok tv ke kalau tengok tv korang tengok cerita ape? Eh takpelah kalau korang taknak jawab. Hahaha aku pun tak sempat nak tunggu korang jawab. Kat rumah aku tiap Isnin malam kitorang anak beranak dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori apa, kategori tengok cerita ape. Haha. Ibu dengan ayah aku tiap Isnin malam memang takboleh kacau jam 10 malam je dorang ralit tengok cerita kegemaran dorang. Aku cuba jugak layan tapi takboleh satu mende sepatah haram, sebiji butir pun aku tak paham. Bukan taknak cuba paham tapi cerita season-season ni kalau tak follow dari season 1 tiba-tiba nak eksen follow season 5 ape hal lu der. Lain la ibu ayah aku kemain follow tiap season tiap episode. Hik. 

Ha cerita ni la ibu ayah aku yang takboleh terlepas episod. Merlin. Haaa TV3 tiap Isnin jam 10 malam. Sape ntah King Arthur la, Queen Guinevere la, Morgana lah yang aku kenal Merlin sorang je. Hahaha. Oh sepatutnya tiap Isnin malam aku suka layan cerita P.Ramlee, malam ni Ali Baba Bujang Lapuk kot. Tapi disebabkan penguasaan TV dibahagian ruang tamu dimenangi oleh ayah aku, terpaksa lah aku hadap Merlin jugak. Cess selalunya ibu ayah aku layan Merlin kat TV ruang luar sana. Disebabkan hebat betul tamparan Merlin ni sampai adik aku yang 2 tahun tu nampak iklan Merlin je terus jerit-jerit, 'Akak Ana, Akak Ana, ulin ulin'  Haha Ulin tu *Merlin* lah. Hahaha eh okay lah sebenarnya aku takde modal nak updet ape. Hahaha okbye !

Thursday, January 10, 2013

.Soto, makanan Johor.

Assalamualaikum..

Hai harini aku nak cerita pasal makanan. Wahh lama betul aku tak jadi ala-ala chef selebriti post pasal makanan ni. Bhahaha. Makanan yang menjadi pilihan hari ni ialah makanan fevret aku iaitu soto. Eh aku memang suka betul lah makan soto. Masa zaman belajar dulu kalau aku takde selera makan nasi, aku makan soto. Balik dari kelas pukul 10pagi aku prefer makan soto. Malam pun kalau boleh aku nak makan soto. Singgah R&R mana-mana pun aku makan soto. Pusing-pusing 1 JB dengan incik beliau last-last singgah Terminal Bas Larkin makan soto kat situ. Mula-mula tadi aku nak cakap soto ni makanan Johor tapi macam iye ke tidak iye ke tidak sebab aku rasa lain negeri pun macam ada soto jugak sampai kan aku nak kepastian aku cek kat Portal Rasmi Kerajaan Johor part makanan dan hidangan Johor. Hahaha. So betul lah betul lah soto makanan negeri Johor. Patutlah aku dengan soto tak dapat dipisahkan macam isi dengan kuku. Hikhik. So kat Johor nak makan soto ni senang cari. Pagi-pagi lagi pergi warung tepi jalan pun ada soto, lepastu sarapan soto. Pehh memang Johor betul lah.

Kalau nak tahu bila kita sebut 'soto' maknanye tu secara automatik nye soto nasi impit, selain ada pilihan lain mihun soto dan mee soto. Kan aku dah cakap aku suka makan soto, pegi mana-mana pun cari soto tapi yang selalu nye aku jumpa soto nye simple-simple je. Setakat ada kuah sup, nasi impit, beberapa helai ayam, beberapa helai taugeh, sambal kicap. Yang ni memang basic sangat lah. Untung-untung ada bergedil. Tu pun kira harga lain. Memang aku tak pernah lagi jumpa soto se'perfect soto ibu aku. Okay, ini serius sila percaya. 

Nak buat camno, aku dari kecik dah terbiasa makan soto air tangan ibu aku. Ibu aku pulak jenis kalau masak tu bukan sekadar buat camtu je ala kadar. Bahan mesti lengkap. Lagi-lagi kalau nak hidang kat orang lagi lah rencah tu takboleh tinggal walau satu pun. So no wonder lah kalau aku cer-cer *cerewet* bila makan kat luar. Ekeke harap maklum sekian terima kasih :p

Okay, sekian terima kasih tu baru permulaan. Hahaha. Cerita pasal soto ni timbul sebab aku baru makan soto kat rumah. Heaven. Meh meh aku tunjuk bahan-bahan pelengkap untuk hidangan soto yang umphhhh wallaahhh.*sambil pejam mata*

1) Ayam. Ayam yang dimasak sekali dengan kuah sup dah empuk keluarkan dari sup lepastu digoreng. Dah goreng siat-siat dagingnye. Wallahhh.

2) Kacang tanah goreng. Ni nak bagi effect kekacang dalam kuah soto tu nanti. Pheww

3) Suun goreng. Goreng suun sampai kembang lepastu angkat dan ketepikan.

4) Tauhu kering goreng. Tauhu kering ni selalu masak sup sayur masak sekali dalam kuah tapi yang ni tauhu kering tu terus goreng. Bila dah campur dengan soto rangup-rangup oi. Kriuk kriukk.

5) Bergedil. Selalunye bergedil kentang lah kan. Kalau tak suka makan bergedil tapi suka makan kentang, boleh potong kentang kecik kecik lepastu goreng untuk gantikan bergedil. Punn boleh.

6) Taugeh. Aku suka taugeh tu celur sikit. Hee

7) Sambal kicap. Haaa yang ni kalau takde memang tak sah. Sambal kicap pedas-pedas cukup manis masin nya. Phewww terangkat wa cakap luuu.

8) Bawang goreng. Letak banyak-banyak bawang goreng dalam soto sedappp nyeeee.

Lepastu potong nasi impit, letak kuah sup nye lepastu letak semua bahan-bahan atas ni. Lepastu jemput makan kawan-kawan. ;)

Aku pulak yang terliur sendiri. Cesss.

*Alhamdulillah dalam masa singkat seminggu ni je macam-macam benda baru yang aku lalui, macam-macam pembaharuan aku dapat buat untuk diri aku. Tapi dilema tetap dilema tak sudah. Kehkehkeh*