Wednesday, January 30, 2013

.Hadiah Manis-Manis.

Assalamualaikum..

Ehem-ehem semalam aku dapat something dari seseorang. Amboi kemain ye ayat aku 'seseorang' tu. Hihi. Kelmarin beliau dah inform yang benda tu dah di pos. So semalam aku yakin dengan khidmat pos laju so semalam tengahari dah sampai. Yeayyy tak sabar nak bukak tak sabarrrrr. Dupdapdupdap. Heee :) 

Nampak tu 'with luv, Chic Na'. Hihi. CikNa bagi sempena birthday aku hari tu tuuu. ^^v 
Jauh tau dari Kelantan ke Johor.

Tarraaaa ! CikNa bagi ni. Coklat Hello Kitty ! Ha kau besar gedabak terus aku tepek. Comel gilos kau tahu sayang nak makan tapi bila dah makan dah tak sayang dah Hello Kitty nye sebab sedapppp ! Ni semua gara-gara entry aku pasal Hello Kitty yang aku idam-idamkan. CikNa komen terus tanya birthday bila nak coklat Hello Kitty tak kalau nak bagi alamat. Eh eh apelagi rezeki jangan ditolak Hello Kitty pulak tu gila ke aku taknak. Haha mesti lah nakk. Masa makan tiba part kepala Kitty terus rasa sayang cepat-cepat text CikNa cakap alebiuuu. Hahaha. Btw terima kasih CikNa buatkan Hello Kitty baju pink ngn munge pink tuuu. Sayang CikNa muahh muahh. Hee :) *terasa diri comels seakan kanak-kanak 12 tahun bila orang melayan bagi aku Hello Kitty ni.  Pink pulak tuuu. Ekeke*

* tangan Kitty angkat sebelah tu tanda " Hye H, jangan jelessss ! "Kahkahkah

Sunday, January 27, 2013

.jalan-jalan hari Jumaat.

Assalamualaikum..

Selalu benda yang kita rancang kemas-kemas makan bulan tak tentu nye jadi. Kadang-kadang tu last minit boleh tak jadi. Tapi kalau benda yang ketingggg ! idea last minit punya plan terus jadi. Walaupun idea yang ketinggggg tingg tingg sangat tu cuma nak keluar berjalan je bukan nye ape punnn lepastu bukan pegi jauh mane punnn. Hehehe tapi seronok eksaited nye kamahennn kau. Yela dapat keluar dengan geng sekapala sehati sejiwa. Ecewahh.

Ni gara-gara cik aien aku amboi sambung cuti maulid nabi hari khamis terus sambung cuti sampai sampai isnin. Dan dan je ajak aku keluar kelmarin hari jumaat. Keluar bertiga dengan geng aku lagi sorang, Eza. Kali ni keluar tak menuju ke City Square ke, Plaza Angsana ke, even Jusco Bukit Indah tempat wajib sekalipun tak jejak. Punya lah pegi tempat yang tak memerlukan keluar duit tapi hati seronok dapat bergambar berjuta lemon dan yang paling penting dekat dengan rumah. Tahu kat mana ? Hihi..

Iskandar Nusajaya lah. Ada apa kat sana? Macam-macam ada. Yang paling latest baru opening haritu, Puteri Harbour Theme Park. Haa yang ada Hello Kitty town yang aku gila-gila macam nak gila dengan si Kitty tu ha. Sampai Puteri Harbour terus berlari pegi building Little Red Cube. Amboi kemain kau Nana berlari dengan harapan ada replika Kitty ke kat entrance ke hape. Kate orang tak dapat masuk Hello Kitty Town pun takpe, asalkan dapat bergambar dengan gambar Kitty nye pun takpeee. Tapi nan hado ye kawan-kawan. Ahh tak attractive langsung. Marah betul aku. Haha. Tapi nasib baik lah nasib baik lah Souvenir Shop si Kitty tu kat luar means kau tak payah masuk pakai tiket memang ada kat luar dapat lah jugak feeling macam dalam Hello Kitty Town. Haha puii. Sekaki payung Kitty RM 119 camtu. Mampus mahal memang aku sanggup berhujan dari beli payung tu. Wakaka. Kat dalam tu aku tak berani nak amik gambar tengok semacam je orang-orang dalam tu muka tourist sangat. Aku kan cuma orang kampung sebelah tu je. Haha

Dalam Little Red Cube building salah satu kartun yang ada kat sini, Lat's Place. Nasib baik ada jugak lukisan kartun Lat ni dapat jugek posing.

Alahai sunyi je macam takde orang. Rase macam nak main 'polis sentri one two jaga'. Hahaha

Dah bosan keluar dari Little Red Cube tu terus jalan ke Marina Puteri Harbour sebelah tu je punnn. 

Lepas dah duduk duduk sekejap amik angin laut semua terus cari port nak makan. Eh tapi makan pun tapaw dari rumah okay. Haha. Aku siap-siap buatkan bebudak ni apple crumble dengan pie ayam. Suka la dorang makan atas rumput mengadap laut. Oh gambar takde sebab si Eza tukang amik gambar kitorang sibuk makan. Ekeke. Lepas je makan pot pet pot pet atas rumput terus menuju ke destinasi seterusnya memandangkan budak 2 org ni belum jejak lagi kaki kesana walaupun dekat. Baiklah baiklah destinasi seterusnya ialah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hye Legoland !

Legoland sebelah Puteri Harbour je ni ha. Tak sampai 5 minit je dah sampai. Betul-betul berdepan dengan Medini Mall. Mall nye kecik je tapi bolehlah buat jalan jalan exercise kaki dan dan terus sampai entrance Legoland. So takde lah macam lawak sangat tak masuk Legoland setakat posing kat entrance terus balik. Hekhek. Kelmarin pegi hari Jumaat so umat manusia memang kurang lah berpusu-pusu. Lengang je Legoland aku rasa macam nak main 'teng-teng' je depan entrance tu. Wakaka.

Memula amik gambar dari jauh je. Hee

Lepastu makin dekat amboi gedik pulak. Kehkeh

Okay dah paling dekat ni ha nak masuk dalam-dalam lagi kena pakai tiket lah. Hahaha Okay dah puas posing hari dah lewat petang nak balik dah. Mak-mak kitorang dah pesan jangan balik malam, mesti balik sebelum magrib sebab before ni kitorang penah buat hal keluar tak hengat, balik lewat malam. Kehkeh kbye !

*kali kedua pegi entrance Legoland pun tak puas-puas jugak bergambar. Hehe suka entrance nye comel sangat. Geram. Hikhik ;p
*Hotel Lego tengah under construction kat sebelah ni ha.

Wednesday, January 23, 2013

.Cerita Hari Lahir.

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak buat entry bergambar sambil bercerita sambil tunjuk gambar. Ewahh okay mari kita mula. Banyak banyak bulan dalam kalender aku paling suka bulan January sebab bulan birthday aku. Hihihi. Bermula 3 tahun lepas saat-saat birthday aku memang excited nak tiup lilin, nak makan kek, tiup lilin lagi dan makan kek. Hadiah aku tak kisah ada ke takde tak penting yang penting 3 tahun berturut-turut dapat sambut birthday dengan kawan-kawan. Huu tahun ni takde lagi rindu nyaaaa 4 tahun kat UTM pagi petang siang malam sampai ke subuh sama-sama kat studio, 4 tahun pegi site sesama, 4 tahun pegi trip sesama, 4 tahun gelak ketawa gaduh nangis sesama dan yang paling best bila dapat konvo sesama Oktober lepas. Yang buat lagi terharu nak nangis hidung sumbat-sumbat berhingus bila bulan January tiap tahun kitorang kongsi bulan birthday sesama. January lah paling meriah. Selang dua hari ada birthday, selang 2 hari lagi ada birthday, dan dalam bulan tu memang tepung gandum laku habis kat kedai runcit sebab kitorang yang beli buat main baling-baling. Bhahaha. Aduii aku rindu. Start 3hb birthday Kak Peja, 15hb birthday Syam, 19hb birthday aku, 24hb birthday Api, 26hb birthday Din, 30hb Bithday Kak Shitah, 31hb birthday Calista. Birthday bulan yang sama tapi tahun yang berbeza-beza aku lah yang paling mudaa beliaaaaa. Aku kan Cik Su. Hikhik :D

2010 : Lepas 12 am birthday aku. Malam tu aman damai buat keje kat studio. Rumet aku prank ajak aku keluar pegi toilet, balik tu masuk je studio hambekkkk kauuu mandi tepung. Hahaha. Lepastu terus main kejar-kejar baling baling tepung tak hengat dah puas cepat-cepat sapu bersih bersih takut esok kena bebel dengan aci cleaner sebab studio kotor. Hahaha. Dapat jajan yang banyak dan seketol bear pink name dia Fifi. Hee.

2010 : So malam hari birthday aku, buat proper sikit tiup lilin, nyanyi nyanyi ramai ramai potong kek makan kek. Best sangattt bila kekawan kau ramai-ramai nyanyi lagu Hepi Birthday kat kau sambil tutup lampu dalam gelap disinari cahaya lilin je. Memang menitis airmata aku dalam gelap tu la. Hihi. Paling terharu coursemate aku budak China record buat video malam birthday aku siap edit bagai video siap ayat 'Nana Birthday Princess' background pink-pink. Hihi kembang kuncup iollss. Alahai rindu si Bao Han sekarang kat Melbourne further study.

2011 ; Masa ni coursemate aku nak buat seprise birthday party untuk gilpren dia. Aku termasuk lah dalam AJK kepoh-kepoh malam tu. Kebetulan birthday gilpren kawan aku tu sehari sebelum birthday aku sooooo sebelum suprise kat beliau aku dulu lah posing-posing dengan kek dengan pisau potong kek. Bhahaha.

2011 : Beberapa hari lepas tarikh birthday aku macam takde sesapa nak sambut ke seprise ke terus rase ahh lupakan. Tapi ntah malam bila masa kat studio tetiba muncul seketol kek dengan lilin kebetulan Baby January ada aku, Syam dan Api teruslah kitorang gilir-gilir tiup lilin. Haha

2012 : Yang ni pun sambut birthday secara berjemaah. Baby Disember masuk sekali dalam Baby January. Kek besar sampai 2 biji. Siap dengan hidangan makanan yang kekawan aku masak ada steambot, nasi goreng, nugget, sosej ape tu semua. Tapi kali ni buat outdoor tak buat kat studio ktorang buat kat kolej mana yang majoriti kitorang duduk. So buat kat wakaf kat kolej aku, Kolej Tun Razak. Konsep celebret ramai-ramai hidupkan lilin, nyanyi, sorang tiup lepastu posing kat kek dan berulang-ulang gigih buat camtu sampai semua yang celebret birthday dapat tiup lilin. Hahaha. Lepastu makan-makan sampai kenyang lepastu ape lagi baling tepung lari lari memang takut gila last-last aku lari terus balik bilik aku. Wakaka.

2013 : So tahun ni dah habis belajar, sepanjang masa kat rumah. Seminggu sebelum birthday list kan makanan yang teringin tekak nak makan, Lepastu pilih 2,3 menu beli bahan-bahan semua, hari birthday duduk dapur sorang-sorang haa kau masak lah ye Nana sorang-sorang teringin sangat kan tekak nak makan itu ini. Haha. Bila dah meningkat tua ni kena buat sendiri ye. Duduk dapur setting semua bahan mula-mula buat chicken pie. Masak inti siap white sos lepastu uli pastry nye tepek-tepek kat loyang ha dapat jugak aku buat 2 loyang chicken pie. Sesambil tunggu chicken pie masak dalam oven, sediakan bahan nak buat pavlova, duduk pukul meringue paip-paip masuk dalam cup, chicken pie dah masak masuk pulak meringue sampai masak lepastu pukul whipping cream tabur buah naga dengan mangga. Haa aku kan orang kampung. Ecewahhh padahal kelam kabut masa cari bahan terus aku tak jumpa mana duduk stroberi, kiwi, anggur tu semua. Hahaha. Lepastu siap-siap sediakan bahan nak buat black paper sos untuk chicken meatball. Campak-campak jela ikut sesedap hati sesambil goreng chicken meatball dan fries sesambil feeling ala-ala meatball Ikea. Hahaha. 

. Dah berhari taip entry ni edit save edit save tak publish-publish. Haha tu je cerita birthday aku 4 tahun berturut aku cerita terus. Letihh, mak nak berehat dulu ye anak-anak. Ekeke. Oh yaa sebelum terlupa aku berkongsi tarikh lahir sama dengan anak kedua Sheikh Muszaphar angkasawan negara tu dan aku jugak sebaya dengan si Aiman Vanilla Coklat. Auww bak kata kawan aku, "public figure sangat birthday kau Na'' Kehkehkeh

Saturday, January 19, 2013

.Metropolis Tower with ex-rumet.

Assalamualaikum..

Hai hari ni 19 January hepi birthday aku. Terus lah updet umur kat kotak atas tu haaa. Kotak tu kotak tuuuu. Cerita pasal birthday esok-esok jelah cerita. Eh tapi sebelum tu cepat lah wish Hepi Birthday kat aku. Haha. Nampak tu umur makin meningkat kena terus pandang ke depan  gigih tak putus asa demi mencari sesuap nasi. Kuang kuang kuang. Disebabkan aku banyak sangat strategi hidup masa depan jadi aku memang insan terpilih yang gigih asik asik pergi interview. Alhamdulillah Ya Allah dugaan demi dugaan tu yang buat aku lagi matang menempuh tiap ape yang datang. Bulan 1 ni je dah 3 kali aku pergi interview dan sekali mase Oktober lepas. 4 kali interview, bidang yang lain-lain. Ha nampak ? aku tengah gigih kumpul pengalaman interview. Haaa orang lain interview sekali terus kerja, rugi tahu ? Hihi. Aku walaupun dah berjaya di antara interview yang aku dah pergi tapi disebabkan ada masalah yang berbangkit terpaksalah menerima hakikat bahawa rezeki aku bukan disitu. Hidup mesti positif persetankan yang negatif tu semua. Wahhh gitu. Teruskan usaha pergi interview lagi dan lagi. Planning dengan ex-rumet nak mencari rezeki di luar kuasa bidang sama-sama lah apply kerja di luar kotak bidang. Nak sangat kan kerja dalam bangunan tinggi-tinggi nah sesama dapat interview kat Metropolis Tower, JB. So ex rumet dari Muadzam Shah datang awal sehari stay kat rumah aku dan gigih lah dua budak ni dengan satu matlamat murni pergi mendaki tower tu ha. Hikhik

Interview di bangunan tinggi wajiblah berpakaian professional. :)

Interview kali ni tak selepak interview yang aku dah pergi 3 kali sebelum ni. Bajet aku dengan ex rumet aku je yang interview rupa-rupanya sangkaan sangat sangat meleset sampai opis tu berpusu-pusu umat manusia yang interview jugak. Aku rase macam mase tu jugak nak terus terjun dari menara tu balik rumah masa tu jugak. Bukan kecut perut tapi aku speechless. Wakaka. Dalam 30 orang ada aku rasa. Isi borang tunggu turn dalam 1 jam jugak baru sampai turn aku. Kecut perut aku buang jauh-jauh sebab aku baca ala kadar je profile syarikat. Mati oi. Tapi nasib baik konfiden mengatasi segala-galanya aku main jawab je dan manager tu 10 kali cakap "okay, good good !" Bhahaha walaupun aku jawab begitu plastik skali. Last skali manager tu cakap nanti akan ada shortlisted untuk 2nd interview. Lahhhh pulak gituu. -_-'

 Balik tu terus melepak memikirkan strategi yang seterusnya. Memang dasar ex-rumet betul. Haha

*Marilah bersyukur dengan tiap ape yang Tuhan dah tetapkan untuk kita. 
*Esok baru buat Hepi Birthday aku tiup-tiup belon semua. Yahuuuu !

Monday, January 14, 2013

.Merlin oh Merlin.

Assalamualaikum..

Hai isnin malam selasa macam ni korang buat ape ha? Tengok tv ke kalau tengok tv korang tengok cerita ape? Eh takpelah kalau korang taknak jawab. Hahaha aku pun tak sempat nak tunggu korang jawab. Kat rumah aku tiap Isnin malam kitorang anak beranak dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori apa, kategori tengok cerita ape. Haha. Ibu dengan ayah aku tiap Isnin malam memang takboleh kacau jam 10 malam je dorang ralit tengok cerita kegemaran dorang. Aku cuba jugak layan tapi takboleh satu mende sepatah haram, sebiji butir pun aku tak paham. Bukan taknak cuba paham tapi cerita season-season ni kalau tak follow dari season 1 tiba-tiba nak eksen follow season 5 ape hal lu der. Lain la ibu ayah aku kemain follow tiap season tiap episode. Hik. 

Ha cerita ni la ibu ayah aku yang takboleh terlepas episod. Merlin. Haaa TV3 tiap Isnin jam 10 malam. Sape ntah King Arthur la, Queen Guinevere la, Morgana lah yang aku kenal Merlin sorang je. Hahaha. Oh sepatutnya tiap Isnin malam aku suka layan cerita P.Ramlee, malam ni Ali Baba Bujang Lapuk kot. Tapi disebabkan penguasaan TV dibahagian ruang tamu dimenangi oleh ayah aku, terpaksa lah aku hadap Merlin jugak. Cess selalunya ibu ayah aku layan Merlin kat TV ruang luar sana. Disebabkan hebat betul tamparan Merlin ni sampai adik aku yang 2 tahun tu nampak iklan Merlin je terus jerit-jerit, 'Akak Ana, Akak Ana, ulin ulin'  Haha Ulin tu *Merlin* lah. Hahaha eh okay lah sebenarnya aku takde modal nak updet ape. Hahaha okbye !

Thursday, January 10, 2013

.Soto, makanan Johor.

Assalamualaikum..

Hai harini aku nak cerita pasal makanan. Wahh lama betul aku tak jadi ala-ala chef selebriti post pasal makanan ni. Bhahaha. Makanan yang menjadi pilihan hari ni ialah makanan fevret aku iaitu soto. Eh aku memang suka betul lah makan soto. Masa zaman belajar dulu kalau aku takde selera makan nasi, aku makan soto. Balik dari kelas pukul 10pagi aku prefer makan soto. Malam pun kalau boleh aku nak makan soto. Singgah R&R mana-mana pun aku makan soto. Pusing-pusing 1 JB dengan incik beliau last-last singgah Terminal Bas Larkin makan soto kat situ. Mula-mula tadi aku nak cakap soto ni makanan Johor tapi macam iye ke tidak iye ke tidak sebab aku rasa lain negeri pun macam ada soto jugak sampai kan aku nak kepastian aku cek kat Portal Rasmi Kerajaan Johor part makanan dan hidangan Johor. Hahaha. So betul lah betul lah soto makanan negeri Johor. Patutlah aku dengan soto tak dapat dipisahkan macam isi dengan kuku. Hikhik. So kat Johor nak makan soto ni senang cari. Pagi-pagi lagi pergi warung tepi jalan pun ada soto, lepastu sarapan soto. Pehh memang Johor betul lah.

Kalau nak tahu bila kita sebut 'soto' maknanye tu secara automatik nye soto nasi impit, selain ada pilihan lain mihun soto dan mee soto. Kan aku dah cakap aku suka makan soto, pegi mana-mana pun cari soto tapi yang selalu nye aku jumpa soto nye simple-simple je. Setakat ada kuah sup, nasi impit, beberapa helai ayam, beberapa helai taugeh, sambal kicap. Yang ni memang basic sangat lah. Untung-untung ada bergedil. Tu pun kira harga lain. Memang aku tak pernah lagi jumpa soto se'perfect soto ibu aku. Okay, ini serius sila percaya. 

Nak buat camno, aku dari kecik dah terbiasa makan soto air tangan ibu aku. Ibu aku pulak jenis kalau masak tu bukan sekadar buat camtu je ala kadar. Bahan mesti lengkap. Lagi-lagi kalau nak hidang kat orang lagi lah rencah tu takboleh tinggal walau satu pun. So no wonder lah kalau aku cer-cer *cerewet* bila makan kat luar. Ekeke harap maklum sekian terima kasih :p

Okay, sekian terima kasih tu baru permulaan. Hahaha. Cerita pasal soto ni timbul sebab aku baru makan soto kat rumah. Heaven. Meh meh aku tunjuk bahan-bahan pelengkap untuk hidangan soto yang umphhhh wallaahhh.*sambil pejam mata*

1) Ayam. Ayam yang dimasak sekali dengan kuah sup dah empuk keluarkan dari sup lepastu digoreng. Dah goreng siat-siat dagingnye. Wallahhh.

2) Kacang tanah goreng. Ni nak bagi effect kekacang dalam kuah soto tu nanti. Pheww

3) Suun goreng. Goreng suun sampai kembang lepastu angkat dan ketepikan.

4) Tauhu kering goreng. Tauhu kering ni selalu masak sup sayur masak sekali dalam kuah tapi yang ni tauhu kering tu terus goreng. Bila dah campur dengan soto rangup-rangup oi. Kriuk kriukk.

5) Bergedil. Selalunye bergedil kentang lah kan. Kalau tak suka makan bergedil tapi suka makan kentang, boleh potong kentang kecik kecik lepastu goreng untuk gantikan bergedil. Punn boleh.

6) Taugeh. Aku suka taugeh tu celur sikit. Hee

7) Sambal kicap. Haaa yang ni kalau takde memang tak sah. Sambal kicap pedas-pedas cukup manis masin nya. Phewww terangkat wa cakap luuu.

8) Bawang goreng. Letak banyak-banyak bawang goreng dalam soto sedappp nyeeee.

Lepastu potong nasi impit, letak kuah sup nye lepastu letak semua bahan-bahan atas ni. Lepastu jemput makan kawan-kawan. ;)

Aku pulak yang terliur sendiri. Cesss.

*Alhamdulillah dalam masa singkat seminggu ni je macam-macam benda baru yang aku lalui, macam-macam pembaharuan aku dapat buat untuk diri aku. Tapi dilema tetap dilema tak sudah. Kehkehkeh*

Monday, January 7, 2013

.persimpangan dilema.

Assalamualaikum..

Wah wah wah tajuk aku kemain persimpangan dilema. Memang kat simpang dilema je tak boleh nak lintas kenderaan banyak. Hahaha adess. Sekarang aku dalam dilema. Seminggu tak updet entry tu aku tengah dilema nak updet mende. Tapi bukan sebab dilema tak tahu nak updet ape tapi aku tengah dilema lain. Ha paham ? Ayat aku pun dilema jugak ni. Puihh. Disebabkan taknak korang dilema bukak blog aku balik-balik entry yang sama, aku gagahkan juga diri taip entry walaupun dalam dilema. Huh apekahh. -___-'

Minggu lepas dalam dilema, minggu ni pun rasa-rasa dilema jugak. Ahh sudah. Bermula minggu ni bermula lah jugak pembaharuan dalam hidup aku. Dalam-dalam dilema kena gigih jugak buat sesuatu untuk menepis segala dilema. Hahaha aku sendiri pening dengan ayat aku. Sampai satu tahap aku cuma mampu mengeluh je. Penat kau tahu. Penat penat penat. Otak aku penat sangat nak pikir dah ni. Tapi ape-ape pun hidup mesti diteruskan. Persetankan dilema tu semua. Haa tu diaa.

Bila aku dengan background sama warna macam ni lah yang boleh buat aku dilema. Arghh.

*tak boleh nak taip banyak-banyak, makin banyak aku taip makin aku dilema. Huu

Tuesday, January 1, 2013

.Hari Pertama Tahun 2013.

Assalamualaikum..

Hello 2013, Hello January ! Sambil lambai-lambai tangan. Rezeki tahun baru atau rezeki lepas kena chicken pox atau mungkin rezeki kedua-dua nya sekali untuk aku. Hihi. Harini penampilan kali kedua keluar rumah lepas seminggu chicken pox. Alhamdulillah chicken pox kat muka dah baik sepenuhnya atas paksaan aku. Haha. Start hari ke-3 chicken pox aku pakai gel gamat tepek tebal-tebal kat muka. Pehh memang kat muka lah baik dulu di kala chicken pox kat kaki tangan n anggota lain tengah merah-merah kudis-kudis. Haha tu makan dia. Okay mari kita lambai tangan dan kata kan selamat tinggal pada chicken pox tanda aku da bebas chicken pox. Yehaaa. Bye-bye chicken pox, Bye-bye 2012 !

So memulakan hari pertama 2013 dengan pergi interview. Hewhew. Sejak minggu lepas lagi kakak opis tu call suruh aku datang tapi aku chicken pox terpaksa lah postpone. Semalam yakni tahun lepas beliau call lagi dan suruh aku datang harini yakni hari pertama tahun 2013 jam 11 pagi. Sedang aku belum mandi berangan-angan depan cermin jam 9 pagi kakak tu call lagi. Suruh aku datang seawal yang boleh. Bos tak sabar nak jumpa aku sangat leteww. Hahaha.

Okay lah aku sampai akhirnya kat opis tu jam 10.15 pagi. Ha nampak tak ? Nampak sangat interview sejengkal je dengan rumah seinci dengan UTM tempat aku menuntut ilmu. Bhahaha. Sampai-sampai je ada sorang budak keluar dari bilik bos baru lepas interview. Dan-dan je aku pun kena terus masuk tak sempat nak tarik nafas. Cehh. Dan-dan jugak lepastu terus berborak dengan bos tu macam kawan lama sebab dia kenal ex-bos-bos aku masa aku practical training semua . Lecturer aku pun dia kenal. Dah macam mana kalau mintak kerja satu bidang dengan bidang belajar memang gitu lah gamaknya. -______-' Sama jugak masa aku interview sebelum ni manager tu ex super super super senior course aku. Teruslah interview bertukar jadi porak peranda borak-borak tak hengat. Lebur macam tu je nervous aku. Cehh hahaha. 

Interview 18 Oktober 2012

Interview 1 January 2013 ^^
*Muka gembira chicken pox dah baik*
Nak tahu kesudahannya, tunggu minggu depan. hikhikhik ;)

*Dapat sabun Natasha untuk hilangkan parut chicken pox kat muka. Thanks Fahim ! Aku dah pakai dah ^^

.Ker-Tastick Craft.

INI STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU ! :)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
  Assalamualaikum. Hey you, thanks for viewing!

Bismillahirahmanirrahim
This little site owned by a couple of bestie. We're sharing most of our madly
interest together and we're specially offering part of it to you too.

Launched on 20.12.2012.

We're aim to serve you something random awesome from a piece of paper!

Ker-Tastick Craft menawarkan tempahan handmade crafts berasaskan kertas yang simple, menarik dan cukup manis untuk mewarnai majlis istimewa anda. Dijamin murah dan bersesuaian dengan bajet yang anda miliki. :)

Hand Bouquet (Bunga Tangan)
Towel Cupcake
Towel Cupcake (Lolipop Flower)
Jar
Paper Bag
Candle Flower Lolipop
Lotus Candle
Little Container

Lets make your special occasion turn to something simple and sweet yet still being special to yourself.. :)

Kepada sesiapa yang berminat dan ingin membuat tempahan, anda boleh menghantar emel kepada kertastickcraft@gmail.com atau PM FB Page Ker-Tastick Craft untuk mendapatkan quotation dari pihak kami...:)

Kami akan membalas emel/PM anda secepat yang mungkin in shaa ALLAH. Semua tempahan boleh disesuaikan mengikut permintaan dan tema warna majlis istimewa anda.

Terima kasih di atas kerjasama anda.

*pstttt siapa LIKE dia memang comelsss >.<
*macam-macam design doorgift yang comelsss disediakan ^^